Khamis, 14 Mac 2013

Ustaz Pas berceramah kata Isu Lahad Datu sandiiwara Umno

Sungguh memualkan bila tengok perangai kemunafikan Pas. Ustaz Pas dalam ceramah, kuliah mahgrib dan subuh menuduh isu Sabah adalah didalangi oleh Umno dan Najib.  Semua nya hanyalah lakonan semata-mata.

Hari ini Nik Aziz pun bukan main menunjukkan muka bila jenazah sampai, agaknya kalau flight delay sejam lagi maka Nik Aziz pun lena dalam mercedesnya.

Sebelum ini pemimpin pembangkang berkata mereka tidak akan menyambut ketibaan 8 mangsa korban Sulu demi menjaga hati pejuang Sulu.

Hari ini sudah jadi lain, Nik Aziz, Nizar Lambai dan Abu Bakar Husain melawat mangsa lakonan atau simulasi perang yang dianjurkan oleh Najib.

Jadi hangpa mai melawat sarjan tu untuk apa, dia tu bukan kena tembak dengan peluru hidup pun, demo pergi berlakon sahaja.

Dengan pendedahan lawatan Nizar dan Abu Bakar menyebabkan ustaz-ustaz yang dok bercakap soal Sabah menjadi pening kepala dengan puak -puak Pas jenis serabut kepala/

Dengar cerita Pas juga membuat tabung derma  mangsa Lahad Datu yang kononnya rekaan Umno.

TM percaya selepas isu lawatan ini akan menyebabkan ustaz Pas mati akal untuk berdepan dengan anak-anak kariah yang bertanyakan soalan

bersambung

PAS Perak ziarah keluarga Allahyarham Sarjan Sabaruddin





IPOH, -- Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussian bersama Bekas Menteri Besar Perak Dato’ Seri Ir Hj Mohamad Nizar Jamaluddin dan saff kepimpinan PAS Perak yang diwakili Dewan Ulama’, Pemuda dan Muslimat hari ini menziarahi balu dan anak-anak Allahyarham Sarjan Sabaruddin Daud wira Negara dari VAT 69 Komando PDRM yang telah terkorban di lahad datu dalam insiden pencerobohan Negara baru-baru ini.

Pesuruhjaya PAS Perak itu mengambil kesempatan untuk mengucapkan takziah kepada balu dan keluarga anggota keselamatan yang terkorban dalam mempertahankan negara demi keselamatan rakyat.

Menurut beliau sumbangan anggota keselamatan samada dari PDRM atau ATM amat besar ertinya buat seluruh rakyat Malaysia, mereka sanggup berkorban nyawa untuk mempertahankan kedaulatan Negara dan pastinya segala pengorbanan mereka akan terus dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia.

Sementera itu Bekas Menteri Besar Perak Dato’ Seri Ir Hj Mohamad Nizar Jamaluddin pula menyatakan beliau sangat menyanjungi segala pengorbanan yang diberikan oleh setiap anggota keselamatan Negara.



Beliau juga turut mewakili kepimpinan Pakatan Rakyat Perak mengucapkan takziah kepada keluarga-keluarga pahlawan negara yang telah terkorban untuk mempertahankan kedaulatan negara Malaysia baru-baru ini.

Balu ( tudung bercorak bunga ) berdiri disebelah Isteri Pesuruhjaya ( bertudung putih )
Sementara itu, Nurunnisa Abu Bakar balu kepada Allahyarham Sarjan Sabaruddin, mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan PAS Perak dan semua rakyat Malaysia kerana amat prihatin terhadap ujian yang menimpa semua balu dan anak-anak anggota keselamatan yang terkorban dalam pertempuran di Lahad Datu baru-baru ini.

Sehubungan itu, PAS Perak turut menyampaikan sumbangan bagi meringankan bebanan yang ditanggung keluarga Allahyarham dengan harapan semoga ianya sedikit sebanyak memudahkan urusan keluarga Allahyarham.
- harakahdaily

2 ulasan:

  1. melihat kepada sokongan rakyat di atas "sandiwara umno" yang mana rakya menjadi sedar bahawa kematian yang berlaku ke atas pihak keselamatan negara dan kemampusan militan sulu ... maka rakyat menjadi simpati kepada kerajaan ... rakyat menjadi muak dengan pemimpin pembankang yang menuduh kerajaan bersandiwara ... makanya pemimpin pas terpaksa berlakun / bersandiwara dengan menziarahi wira yang terkorban demi kepentingan meraih undi ... inilah sandiwara sebenar ... mereka tiak dapat memberi fatwa bahawa militan sulu mati syahid kerana bau mayat militan sulu adalah sama busuk dengan bau mayat kematian yang biasa ... maka terpaksalah mereka dengan hati yang tidak ikhlas menziarah jenazah mira negara dengan harapan undi golongan atas pagar kekal kepada mereka ...

    BalasPadam
  2. Ada saya tanyakan pada sahabat 'sebelah sana' - org kuat kpd MB di utara tanahair.. kenapa tiada langsung pemimpin mereka yg menziarah atau menghadiri majlis pengkebumian 2 org dan 6 org perwira terdahulu.. atau sekurang2nya dalam media sebaran mereka mengatakan simpati atau sebagainya.. kemudian sy katakan.. ini jg faktor hilang undi drp keluarga dan anggota keselamatan.. selepas beberapa hari baru beliau berani menjawab 'Adalah'.. itu pun.. selepas Nik Aziz menyatakan untuk solat hajat
    Hati saya pula berkata.. KERING betul hati mereka.. tiada langsung belas.. Isu kehilangan nyawa tolong dihubungkaitkan dengan parti politik..

    BalasPadam