Isnin, 29 April 2013

CHUA YEE LENG bawa tuah atau bawa sial kepada penduduk Kuala Sepetang?









China Doll bernama Yee Leng memang comel walaupun badan sedikit plum. Agaknya dengan kecomelan itu lah dia berjaya meyakinkan Abang Not untuk menjadi calon kali ini. Tempat tak jadi masalah , Abang Not boleh aturkan.

Setelah tak jadi untuk bertanding di Tanjung Malim china doll ini bertanding di Kuala Sepetang, sebuah tempat yang beliau sendiri tak pernah jejak kaki sebelum ini.

Kehadiran China doll ini menyebabkan mantan Adun Tai Sing Ng teruk merasuk dan membawa duka nestapa ke satu tempat yang tidak diketahui sehingga hari ini, twitter pun dah lama tak di updated.

Untuk bertanding di Kuala Sepetang China doll ini terpaksa membawa jenteranya dari Kuala Lumpur dan dari Batu Pahat, kampung asal calon.

China doll ini merupakan pembantu kepada Eli Wongge Adun Bukit Telanjan. Rombongan China doll ini petang tadi telah berkempen di sekitar Taman Mewah, Taman Palma, Taman Yayasan ,  Air Putih dan beberapa penempatan yang masuk dalam kawasan Dun Kuala Sepetang.

China doll ini juga enggan ditemu bual apabila didekati. Kehadiran beliau tadi boleh dianggap membawa sial kerana membawa fitnah dan berita palsu.

Hairan juga kenapa jentera Pas yang berada di UPU Taman Mewah langsung tidak membantu calon untuk berkempen tadi.

Oleh kerana semua yang hadir adalah berbangsa Cina ia menggambarkan ia seolah-olah parti perkauman seperti Dap.  Agaknya kerana itu lah Pas Taman Mewah buat tak tahu dan tak mahu membantu mereka tadi.

Rombongan China doll ini dikesan telah menyewa sebuah rumah home stay di Taman Desa Jaya belakang SSL Traders Hotel.