Rabu, 21 Mei 2014

#PRKTelukIntan: Pas lebih utamakan agenda Dap daripada melaksanakan hudud

Kerana Dap punya hal, Mat Sabu tangguhkan cadangan untuk bentang usul hudud di dewan rakyat. Stopa spenda pun sama juga sokong apa sahaja kata sahabat yang sama hobi sehati sejiwa.

Pas memberi alasan kononnya satu jawatankuasa peringkat pusat telah di bentuk oleh kerajaan dan pas.

Pada hal ia berkait dengan 2 prk iaitu di Teluk Intan dan Bukit Gelugor. Sudah semestinya Pas menerima arahan dari rakan sekutunya supaya tutup mulut demi kemengan dua calon Dap iaitu Ram Kapal Sink dan Dyana Sofya.

Ram dan Sofya awal-awal lagi telah meletakkan pendirian parti mereka tetap menentang hudud. Pun begitu Pas menegaskan bahawa dalam dua prk ini, Pas merelakan hudud diletakkan pada tempat kedua dan yang utama ialah Kemenangan calon Dap.
Hudud hanyalah retorik Pas apabila berdepan dengan pengundi melayu sahaja, hakikat sebenar tidak begitu.

Maka benarlah apa yang disebut oleh bekas menteri besar Perak ke 10 Nizar Jamaludin bahawa Pas tidak pernah berhasrat untuk menubuhkan negara Islam.