Pada 24.12.2014 dua gambar jalan berlubang sudah diterbitkan dalam blog ini.Pada 25.12.2014 pekerja JKR bahagian jalanraya Daerah LMS telah membaiki lubang yang terdapat pada jalan tersebut, tetapi apakan daya apabila sudah dibaiki hanya bertahan selama 3 hari sahaja.Adakah bahan yang digunakan tidak berkualiti seperti mana yang digunakan oleh kontraktor lain atau pun JKR hanya mempunyai pekerja yang kurang mahir dan juruteknik/jurutera JKR hanya percaya pada PRA.Kalau macam inilah baik tidak payah buat kerja baik pulih jalan tersebut.Kalau kerja bak kata perpatah BAGAI TIKUS MEMBAIKI LABU.Apa yang akan terjadi kepada pengguna jalanraya tersebut.Lubang jalanraya tersebut bukan 1 tapi 2 dan 3
1) Diharap sebarang aduan kpd JKR dapat dirujukkan spt saluran berikut untuk perhatian dan tindakan :
BalasPadami. Emel aduan rasmi JKR - aduan@jkr.gov.my
ii. SMS - JKR 32728
iii. Twitter - @JKRMalaysia
2) Dapatlah kiranya berikan lokasi yg tepat; nama dan no laluan serta km berapa berlakunya jalan berlubang tersebut.
3) Di musim banjir ini JKR terpaksa melaksanakan kerja pembaikian walaupun tahu tidak tahan lama untuk KESELAMATAN pengguna dan pembaikian yg lebih baik akan dilaksanakan selepas musim banjir..
lokasi jalan baru dalam kawasan kamunting yang menyambungkan jambatan dekat kolej vokasional kamunting
PadamSuka buat kerja banyak kali...nak claim OT lebih lettew...
BalasPadamDimaklumkan oleh JKR Perak bahawa kerosakan jalan tersebut dilakukan oleh TNB yang jalankan kerja uiliti dan tampalan tidak sempurna.
BalasPadamJKR telah arahkan kontraktor baiki dengan segera dan kos akan dicaj kepada TNB.
Terima kasih kerana memaklumkan.