Ahad, 20 November 2016
Akhirnya Mahathir Ditewaskan Soros TS Annuar Musa
Nov 19, 2016
19/11/2016 -- Akhirnya Mahathir Ditewaskan Soros:- TS Annuar Musa
Bekas perdana menteri. Tun Dr Mahathir Mohamad yang dahulu bertungkus lumus berperang dengan, George Soros kini tunduk dan akur dengan permainan penyangak mata wang negara itu.
Jelas Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, beliau membuat kesimpulan itu kerana melihat Tun Dr Mahathir kini menyokong cara permainan Soros dalam menjatuhkan pentadbiran sesebuah negara.
“Sebahagian tugas Soros adalah untuk jatukan sesebuah kerajaan, kalau dulu kita lihat Soros hendak jatuhkan Matahir dengan cara serang mata wang kita dan menyebabkan krisis ekonomi dan berlaku kegawatan dan Anwar Ibrahim (Timbalan Perdana Menteri) lihat Mahathir goyang ketika itu dan timbul keinginan Anwar nak jatuhkan Mahathir lalu Mahathir memecat Anwar .
“Tapi sandiwara di belakangnya itu ada peranan Soros sebaba Soros nak jatuhkan Mahathair kerana Mahathir kerajaan waktu itu. Dan kini permainan itu belum habis; cuma akhirnya antara Soros dan Mahathitr, Soros menang.
“Kenapa saya kata begitu? Sebab hari ini Soros boleh menggunakan Mahathir untuk menjalankan permainan yang sama. Soros menang, Mahathir kalah,”ujarnya yang ditemui pemberita di Gopeng pada Sabtu.
Terdahulu Tan Sri Annuar ditanya mengenai peranan Soros dalam membiayai serta menyalurkan dana bagi mengadakan demonstrasi di negara ini seperti yang dianjurkan menerusi Bersih.
Namun, perkara tersebut tiada lagi rahsia kerana secara terang Soros mengisytiharkan bahawa pihaknya menerusi institusi tertentu menyalurkan dana kepada beberapa badan penubuhan di Malaysia termasuk Majlis Peguam.
“Dr Mahathir pernah berkata apabila orang nak rosakkan ekonomi Korea adalah dengan cara demostrasi… dan sepatutnya dia (Mahathir) tahu ini budaya siapa dia bawa untuk adakah demonstrasi ini (Bersih),”katanya.
Tambahnya, pembangkang memilih dengan sengaja untuk berdemostrasi bagi meruntuhkan kerajaan negara seperti yang pernah dilakukan oleh rakyat di Libya, Teheran serta Jakarta.
“Dalam keadaan pembangkang kalut ribut dengan cara dia siapa yang peduli masalah rakyat?
“(Namun) Datuk Seri Najib tidak peduli dan dia fokus untuk cari dan tambah pelaburan bagi negara. Dia fokus jaga hubungan diplomasi yang tidak beres semasa zaman Mahathir yang berpuluh tahun tidak selesai dengan Singapura, China, Filipina malah Amerika…kini hubungan diplomatik Malaysia dengan banyak negara yang sangat baik .
“Saya terpaksa kata sebab saya pernah duduk dalam kabinet Tun Mahathir , hubungan diplomatik zaman Datuk Najib ini jauh lebih baik, lebih berguna bagi Malaysia ,”kata Tan Sri Annuar.