Isnin, 20 Februari 2017

RUU 355; DR. MAHATHIR LEBIH BAIK DIAM DARI TERUS MENYAKITI UMAT ISLAM

                                    
1.     Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengambil pendirian tidak bersetuju dengan cadangan pindaan Rang Undang Undang Akta 355 yang berkaitan dengan Mahkamah Syariah dilihat sebagai lebih kepada menjaga pasangan pengantin baru mereka iaitu parti DAP.

2.       Semua tahu bahawa DAP tidak pernah bersetuju dengan cadangan pindaan RUU berkenaan malahan anggota terbaru DAP iaitu Datuk Zaid Ibrahim telah mengepalai sebilangan orang mengadakan demo membantah cadangan pindaan itu menyerlahkan pendirian parti berkenaan.

3.       Oleh kerana sudah bermutaah dengan DAP, Dr Mahathir sanggup mengenepikan kepentingan umat Islam yang lain.

4.       Jika usaha mencegah jenayah di  kalangam umat Islam melalui RUU355 dianggap merugikan rakyat, apakah berdemo Bersih, amalan LGBT, pluralisme agama seperti yg disanjung anaknya Marina Mahathir membawa kebaikan pada umat ini.

5.       Dr Mahathir menyatakan pindaan berkenaan adalah politik, tetapi yang sebenarnya Dr Mahathir juga berpolitik dalam hal kepentingan umat Islam apabila mengamalkan pendekatan tidak berstuju dengan pindaan itu.

6.       Adakalanya, adalah lebih baik bagi Dr Mahathir  mendiamkan diri daripada membuat kenyataan yang menyingung perasaan umat Islam.

7.       Perlu difahami bahawa RUU355 itu telah melalui proses yang panjang sebelum dibawa ke Parlimen dan himpunan puluhan ribu umat Islam yang diadakan di Kuala Lumpur Sabtu lepas adalah satu suara penyatuan yang melangkui fahaman politik.

8.       Didalam usaha kerajaan meningikan syiar Islam di negara ini, kritikan Dr Mahathir tidak akan membantu malahan menyebabkan ramai pihak bertanya-tanya dimanakah perjuangan Dr Mahathir demi agama.

9. Bagi memberi penerangan dengan lebih berkesan kepada orangr amai, saya mencadangkan Pemuda UMNO Negeri i untuk bermuzakarah dengan PAS dan beberapa NGO. Usaha penerangan perlu dipergiatkian kepada rakyat pelbagai bangsa supaya pemahaman mereka lebih jelas daripada dirundung persepsi buruk  akibat daripada mainan politik tidak sihat sesetengah pihak.

Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri
Naib Ketua Pemuda UMNo Alor Setar
Pengerusi Kelab Belia Darul Aman