PENANG ONLINE
21 April 2017
Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng sekali lagi membangkitkan isu membabitkan tanah milik agensi kerajaan persekutuan PERDA yang dikatakan gagal di jawab oleh agensi itu sejak setahun yang lalu.Dalam kenyataannya yang disiarkan di blog limguaneng.com serta facebook DAP Pulau Pinang itu , Lim Guan Eng didapati mengulangi persoalan yang sama seperti mana yang dibangkitkan beliau sebelum ini.
Kenyataan yang disiarkan pada tarikh 17 April 2017 itu membangkitkan persoalan berbunyi Lebih Setahun, PERDA Masih Tidak Jawab Dalam Skandal Kerugian RM15.2 Juta Dalam Penjualan Tanah Tanpa Tender Terbuka Dan Mengapa Hanya Memohon Membina 27 Buah Rumah Kedai Dan Tidak Ada Sebuah Pun Rumah Kos Rendah?
Walaubagaimanapun isu yang dibangkitkan oleh Lim Guan Eng itu dilihat banyak pihak sebagai satu lagi tindakan terdesak daripada pemimpin DAP itu untuk menyerang Ahli Parlimen Tasek Gelugor , YB Datuk Shabudin Yahya memandangkan banyak pendedahan membabitkan kelemahan dan kepincangan kerajaan negeri Pulau Pinang telah didedahkan oleh YB Datuk Shabudin sehingga Lim Guan Eng dihadapkan ke mahkamah dengan pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa.
http://www.penangonline.net/2017/04/guan-eng-berbohong-isu-perda.html
๐ Penang Online
http://www.penangonline.net
๐ฑPage Penang Online
https://www.facebook.com/PenangOn9
๐ฑ Twitter Penang Online
https://twitter.com/penangonline
๐ฑ Telegram Penang Online
https://telegram.me/PenangOnline
๐ก Instagram Penang Online
https://www.instagram.com/penang_online/
๐ฎ Penang Online menyediakan maklumat terkini kepada anda & kepada yang ingin mendapatkan info harian dari Penang Online , sila hantar nama anda ke nombor +60148270515 melalui aplikasi WhatsApp , Penang Online akan salurkan maklumat terus ke telefon pintar anda