Selasa, 29 Ogos 2017

DAH KENA SIASAT PUN BISING LAGI.



Seorang pembantu kepada Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali yang dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata sesi soal siasat hari ini lebih tertumpu kepada kiriman Twitter dibuatnya memaklumkan beliau diarahkan hadir di Putrajaya hari ini.

Yin Shao Loong mendakwa beliau sudah selesai disoal siasat berhubung kenyataan media dikeluarkannya pada 22 Ogos, tetapi kemudian ditahan selama 2 jam lagi berhubung kiriman Twitter malam tadi.

“Mereka menahan saya lebih lama kerana menyedari saya memuat naik gambar surat perintah SPRM malam tadi,” kata Yin yang merupakan pengarah komunikasi strategik Azmin.

Yin berkata beliau memberitahu pegawai SPRM yang kiriman Twitter itu adalah haknya.

Terdahulu Yin mendedahkan beliau dipanggil untuk disoal mengenai kenyataannya berhubung serbuan SPRM ke atas Universiti Selangor (Unisel) dan Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) Selangor minggu lepas.

“Menuju ke Putrajaya. MACC memanggil saya untuk soal siasat bawah Seksyen 30(1)(a) berkaitan siasatan Unisel selepas satu laporan difailkan oleh Pemuda Umno Kelana Jaya,” katanya di Twitter, merujuk kepada enakmen di bawah Akta SPRM 2009.


Mesej ini diikuti satu lagi tweet olehnya semalam, “SPRM memanggil saya untuk siasatan esok pada 10.00 pagi di ibu pejabatnya di Putrajaya berkaitan kes Unisel walaupun saya hanya pegawai media MB.”

SPRM 22 Ogos lalu menyerbu dan menggeledah pejabat Unisel di Shah Alam dan Bestari Jaya, pejabat sebuah syarikat swasta di Desa Pandan dan Bestari Jaya, dan pejabat MBI di Shah Alam.

Serbuan dijalankan selepas MBI mengugut untuk membuat tindakan undang-undang terhadap sesiapa menuduh mereka terlibat dengan rasuah berkaitan dakwaan bayaran yang dibuat kepada syarikat swasta itu, yang dikatakan menjalankan kerja penyelenggaraan di kampus Unisel di Bestari Jaya, Kuala Selangor.

Azmin, yang juga timbalan presiden PKR, kemudiannya berkata MBI akan bekerjasama dengan SPRM atas segala hal berkaitan siasatan tersebut, tetapi mengkritik “pencabulan dan ugutan” terhadap MBI dan Unisel, mengatakan perkara itu disebabkan hasad dengki ke atas pencapaian kerajaan Selangor.

Yin hari ini berkata beliau tidak takut dipanggil SPRM tetapi tidak “100% yakin dengan apa yang berlaku hari ini”.

Beliau menolak kemungkinan dirinya akan ditahan kerana tidak tahu mengenai pertikaian antara Unisel dan syarikat swasta itu.

Bagaimanapun, beliau mempertikaikan kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad yang berkata SPRM bukan mahu menganggu kerajaan negeri.

“Apa gunanya menahan saya selama lebih 5 jam jika bukan gangguan?” katanya.