Semakin hampir kepada pilihanraya semakin kuat tekanan diberikan oleh parti politik pembangkang terhadap kerajaan BN yang memerintah hari ini.
Selain daripada ceramah politik dan agama yang semakin rancak, propaganda politik semakin juga semakin hebat di media massa dan media elektronik. Grup whatsapp semakin bertambah sesak.
Namun ia hanya propaganda yang boleh diibaratkan gendang pilihan raya. Kosong dan hanya mengharapkan kepada bunyi sahaja. Kebenaran jauh menyimpang.
Sebagai contoh kelmarin YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib telah melancarkan rumah projek perumahan rakyat khusus untuk bekas pekerja ladang di Dengkil Selangor. Rumah bersaiz 700 kaki persegi hanya berharga 20 ribu sahaja. Manakala kerajaan negeri hanya pandai omong kosong dengan projek sewa rumah dan yang hanya menguntung pemilik asal rumah yang terdiri daripada ahli DAP dan PKR.
Pendidikan percuma yang dicanangkan oleh negeri Selangor sejak 2008 juga hanya gendang wayang cina, hakikatnya tiada. Baru baru ini Azmin Ali ( mb jamban) sekali giat berkempen dengan poster di merata tempat untuk memberikan pinjaman pengajian dengan faedah percuma. Jelas menunjukkan MB jamban menipu rakyat dengan perkataan PERCUMA.
Berbeza dengan pinjaman PTPTN. Seandainya peminjam mendapat kelas pertama maka peminjam tidak perlu bayar apa apa kepada PTPTN kerana pinjaman sudah bertukar menjadi biasiswa.
Terkini di dalam dewan rakyat. Kerajaan mencadangkan single prize tag seperti sebelum GST dilaksanakan.
Sebelum ini kini membeli barang dengan hanya satu tanda harga. Berpuluh tahun ia dilaksanakan tanpa rasa tekanan pada pihak pengguna. Padahal harga tersebut sudah termasuk cukai SST . Kini harga barang ditulis dua kali iaitu harga barang +cukai GST.
Dahulu jika membeli kasut harganya RM 99.99 ianya termasuk SST, tetapi kini harga yang ditawarkan ialah RM 99.99 + 6%. Bermakna harga barang tidak diselaraskan dengan betul. Sepatutnya harga kasut tersebut murah 4% daripada harga zaman SST. Jika harga termasuk SST adalah RM 99.99 ditukar menjadi RM 93.99 bukannya RM 105.99.
Jadi RUU tersebut hari ini dibawa ke dewan senat untuk diluluskan. Selepas ini otak kita tidak lagi dihantui oleh persepsi negatif terhadap GST yang digunapakai hampir seluruh dunia atau lebih tepat lagi 170 buah negara bagi menggantikan cukai SST.
GST yang dilaksanakan pada tahun 2014 dikatakan memberi tekanan hidup kepada rakyat. Inilah wirid yang sering dimainkan oleh pembangkang. Tekanan hidup atau stress ada banyak faktor. Stress akan saya huraikan dalam posting yang akan datang.
Perlaksanaan gst di Malaysia ada dua kategori. Bukan semua barang dikenakan cukai. Barangan seperti keperluan dapur semuanya bebas gst dan ditandakan dengan huruf Z.
Oleh kerana tiada kutipan cukai GST maka peniaga sesuka hati menaikkan harga ikan, sayuran dan sebagainya tanpa rasa bersalah.
Bayangkan petai jering dan ulaman lain dijual melebihi 5 ringgit sekilogram. Durian sudah ada melebihi 100 ringgit sekilogram. Bila ditanya kenapa harganya mahal, dengan selamba badak mereka kata kerana GST. Padahal barangan tersebut bebas cukai.
Kelmarin di dalam dewan senat. Menteri KPDNKK YB Dato Seri Hamzah Zainuddin dari Larut menyarankan supaya lebih ramai rakyat Malaysia menyertai Rakan KPDNKK untuk membantu rakyat memantau harga barang. Jika pengguna kuat maka ia akan memberikan tekanan kepada peniaga yang tamak haloba.
Jika dahulu harga durian ditentukan oleh orang tengah, kini harga ditetapkan oleh pemilik kebun durian, barulah ia menguntungkan pekebun. Sama seperti durian Black torn. Ia adalah durian biasa tetapi diberikan satu trade mark maka harga nya dikawal oleh penjual. Tiada undang undang yang boleh melarang sesuatu trade mark.
Cukup sampai di sini. Tunggu topik Stress pulak.
Berikut dibawah adalah propaganda jahat oleh pihak politik pembangkang yang lebih hebat daripada persatuan peniaga pemborong dan pengilang.
GST 6%..
1.00 = 6 sen
10.00 = 60 sen
100.00 = 6 ringgit
1000.00 = 60 ringgit
10000.00 = 600 ringgit
100000.00 = 6000 ringgit
1000000.00 = 60000 ringgit
Kalau nilai kecik mmg tak nmpk,, kalau nilai besar di situ kita nmpk,,
Kalau malaysia 1 juta org belanje 1 RINGGIT malaysia dah untung 60 ribu ringgit, paling SIKIT satu hari,, setahun 21840000 JUTA ringgit,,tu baru SERINGGIT sehari dan 1JUTA ORG...
*Fikir sebab tu harga barang² naik mencanak sana sini kerana Cukai GST penyebab Harga Barang² Naik , Logic jugak untuk buat bayar Hutang 1MDB lahabau tu*
Renungan Untuk Rakyat 1Malaysia...
Mangsa Banjir - Rakyat
Sukarelawan - Rakyat
Yg Menderma- Rakyat
Yg Risau- Rakyat
Yg Bantu Pemimpin- Rakyat
Yg Kena Berjimat Cermat- Rakyat
Yg Kena Tipu- Rakyat
Yg Disuruh Bersyukur- Rakyat
Yg Selalu Susah- Rakyat
Yg Kena GST- Rakyat
Yg kena bayar Tol -Rakyat
Yg kena bayar hutang -Rakyat
Yg menanggung beban -Rakyat
Yg mengikat perut-Rakyat
Yg tanggung Biawak hidup-Rakyat..
Bestnya jadi Rakyat 1Malaysia ni.. Semua Rakyat Didahulukasaya
Share supaya kita semua sedar