Ahad, 13 Ogos 2017

HUBUNGAN AMANAH DENGAN PKR DAN PPBM KINI TEGANG?



Meneliti kandungan ucapan Naib Presiden AMANAH, Datuk Husam Musa, sewaktu merasmikan Konvensyen AMANAH Kelantan Kali Ke-2 di Salor hari ini, 12 Ogos 2017, terlintas di fikiran saya apakah sudah begitu tegang sekali hubungan antara AMANAH dengan PKR dan PPBM sekarang.

Ini kerana, secara logiknya, jika hubungan ini tidak tegang, apa perlunya Datuk Husam mengungkit kembali mengenai sebab AMANAH diwujudkan dan mengenai pengorbanan yang didakwa AMANAH berikan kepada PKR dan PPBM, selain memberi amaran kepada PKR dan PPBM supaya tidak meminggirkan AMANAH?

Berikut disertakan transkripsi petikan ucapan Datuk Husam, yang disampaikan di hadapan Pengerusi PKR Kelantan dan Ketua Sekretariat Pakatan Harapan Kelantan dari PPBM, yang berkenaan:

"AMANAH ni dia wujud kerana nak menjaga PAKATAN... Kita ni sendiri AMANAH ni kerana nak jaga PAKATAN. Kerana itu rakan-rakan kita dalam PAKATAN dia kena terima hakikat bahawa tiap-tiap parti dalam PAKATAN ni tidak boleh dipinggirkan."

"Kelantan, orang kata PKR tidak kuat--orang kata, tidak ambo kata--tapi kita masih nak ke PKR. Tak kuat tak kuat gi lah, dah adik-beradik aku, kuat tak kuat aku pikul, kerana kita tak sir pinggirkan rakan kita."

"BERSATU, mula-mula tetas dulu, ngokngak ngokngak jugak mula-mula tetas dulu. Tapi kita bubuh bulu, buat sangkak, buat sarang, suruh panas anak ayam baru tetas ni, suruh ddan buat berlaga..."

"Jadi jangan ada mana-mana parti dalam PAKATAN dipinggirkan. Ya, lama demo nak gi susun dengan orang lain, tempat kawe demo beri kokrang, misalan. Kerana nak berpakat. Hak demo? Hak demo tak terusik. Tak leh la lagu tu..."

Ditambah pula bila tersebar berita hari ini mengenai kenyataan Timbalan Presiden PKR yang baru sahaja dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan, Datuk Seri Azmin Ali, di Kampung Baru Batu Caves mengenai kesediaan Pakatan Harapan untuk berunding dengan PAS dalam mendepani PRU 14 supaya tiada pertembungan sesama pembangkang. 

Kita nantikan saja episod seterusnya dalam hubungan antara AMANAH dengan PKR, tetapi juga PPBM, ini.