Isnin, 14 Ogos 2017

SIAPA LEBIH DIKTATOR, MAHATHIR ATAU NAJIB ?







1988 Umno diharamkan oleh mahkamah selepas  Pemilihan Umno 1987. Akibatnya tertubuhlah parti Semangat 46 dan Ketua Hakim Negara bersama beberapa  hakim dipecat oleh Mahathir.  Mahathir terus membaharui pendaftaran Umno dan meminda dan mengetatkan syarat-syarat pemilihan parti.

Setiap ahli Umno diwajibkan membayar yuran sebanyak RM1.00 seorang setiap-tiap tahun, jika culas membayar yuran, ahli tidak boleh hadir mesyuarat cawangan dan tidak boleh bertanding dalam sebarang jawatan.

Ia menyebabkan ramai ahli Umno di sabotaj oleh ketua cawangan. Jika sebelumnya ketua cawangan akan membayar yuran semua ahli tetapi bila tiba tahun pemilihan, ketua cawangan akan membayar yuran kroninya sahaja dan ahli yang cuba menentangnya ahli tersebut tidak dilunaskan yuran tahunannya,


1993 menyaksikan ramai ahli parti terpinggir dan ramai yang keluar parti untuk menyertai parti lain. Untuk bertanding di peringkat tertinggi , Mahathir meletakkan syarat, seseorang hendaklah cukup kuota pencalonan peringkat bahagian sebelum layak bertanding. Ia menyebabkan Allahyarham Tun Ghafar Baba sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden Umno tidak layan bertanding kerana tidak cukup pencalonan.


Pindaan perlembagaan terpaksa dilakukan dalam era pentadbiran Pak Lah dan Dato Najib. agar pemilihan lebih adil dan telus.

Pemilihan pucuk pimpinan parti Majlis Tertinggi buat pertama kali dilakukan dalam Mesyuarat Umno Bahagian yang melibatkan 191 bahagian Umno seluruh negara kecuali Sarawak.

Jadi dimanakah asasnya Mahathir menuduh Najib adalah presiden parti sebagai diktator?  Terima kasih kepada Dato Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad Setiausaha Agung Umno zaman Pak Lah dan Tengku Adnan SU Agung zaman Dato Seri Najib.