1. Siapa yang songlap, menyamun duit rakyat dalam kes 1MDB?
Jawapan : Firma Audit Bebas terkemuka dunia Deloitte, PAC, Ketua Audit Negara semua dah pun siasat dan Audit akaun 1MDB, tidak ada sorangpun kata duit 1MDB hilang? Yang hilang duit IPIC, yang diseleweng oleh pihak pengurusan lama Aabar sendiri. Duit rakyat mana pulak yang kena songlap? Berhentikan berbohong dan menghasut!
2. Siapa yang kurangkan Bajet Pendidikan?
Jawapan : Bila Amerika menghasilkan Shale Oil, pengeluaran minyak mereka meningkat 2.5 kali ganda mengakibatkan harga minyak kita jatuh teruk. Hasil minyak Malaysia hilang 35.9b pada tahun 2016 berbanding dengan hasil pada tahun 2014. Semua bajet kena potong semasa pendapatan negara merosot bukan sahaja pendidikan. Dalam kehidupan berkeluargapun kadang-kadang kena potong bajet bila kita hilang pendapatan. Bila pendapatan pulih semula, apa yang dipotong itu nescaya akan dikembalikan InSya Allah.
3. Siapa yang menyebabkan ekonomi Malaysia merudum.
Jawapan : Kali terakhir Malaysia berhadapan kegawatan ekonomi ialah pada tahun 1997-1998. Itu masa Pengerusi PPBM jadi PM dan Ketua Umum PKR menjadi Timbalan beliau. Ekonomi Malaysia merudum ini sebenarnya definisi dan kerja siapa? Mahathir bukan? Di zaman dia dulu kita berhutang hingga lebih 100% berbanding KDNK pun kita tidak bankrap, kenapa? Apatah lagi di zaman Najib yang ada disiplin ekonomi dan fiskal yang kuat. Kita letak syiling nak berhutang tak boleh lebih daripada 55% berbanding KDNK. Setidak-tidaknya Najib dan Kerajaan berjaya menurunkan kadar hutang negara kita dari 54.5% pada tahun 2015 kepada hanya 52.7% pada tahun lepas. Takkanlah ekonomi merudum tahun lepas pertumbuhan ekonomi negara masih 4.2%? Suku terakhir naik 4.5% dan suku pertama tahun ni naik 5.6%, iaitu tertinggi dalam tempoh 2 tahun. Yang cakap ekonomi Malaysia merudum dan nak bankrup ini adalah Prof Ekonomi Halimunan dari kilang ketum ke? Adoi, why must your guys insulted our people's intelligent? Enough is enough!
4. Siapa dalang di sebalik hilangnya duit Tabung Haji, Tabung Angkatan Tentera, Tabung Pesara, duit KWSP dan lain2?
Jawapan : Bila masa pulak duit Tabung Haji, Tabung Angkatan Tentera, Tabung Pesara dan duit KWSP hilang? Cuba bawa keluar report polisnya kalau ada? Tak habis-habis tabur fitnah, anda tidak bacakah surat khabar? Atau hanya baca wasap sampai berasap telinga? Bahawa walau teruk macamana sekali pun kedudukan ekonomi global, agensi-agensi tersebut tidak pernah gagal memberi dividen dan bonus yang memuaskan untuk para pencarum dan pemegang saham mereka.
5. Siapa yang hapuskan subsidi?
Jawapan : Ya Kerajaan BN yang hapuskan untuk kebaikan rakyat. Tetapi subsidi yang macamana yang kita hapuskan? Kita hapuskan subsidi pukal yang menguntungkan golongan berada dan kaya. Contohnya subsidi gula, rakyat biasa dulu dapat subsidi 34 sen je sekilo, paling kuat satu keluarga pakai 2 - 4 kilogram gula sebulan. Tetapi yang guna beribu kilogram gula setiap hari ialah kilang-kilang termasuklah kilang arak dan kilang-kilang haram yang menggunakan banyak gula. Sama juga dengan subsidi petrol, kajian Kementerian Kewangan mendapati 70% subsidi bahan bakar petrol dan diesel dinikmati oleh mereka yang berada sebab lagi besar kereta mereka, lagi kuat makan minyak, lagi banyaklah subsidi yang mereka dapat dari pihak kerajaan. Adil ke macam tu? Itu sebabnya kerajaan tarik balik subsidi secara pukal seperti dan pulangkan kembali duit rakyat kepada mereka yang betul-betul memerlukan melalui subsidi yang lebih mensasar atau terfokus seperti BR1M, KL1M, Bantuan Persekolahan 1 Malaysia, Kad Siswa 1Malaysia, Subsidi Mendaratkan Ikan Kepada Nelayan, Subsidi Musim Tengkujuh kepada Penoreh yang tidak dapat keluar menoreh sekitar bulan November, Disember dan Januari dan juga pelbagai subsidi lain.
6. Siapa yang jual tanah hak milik kekal di Forest City?
Jawapan : Rata-rata orang Johor tahu bahawa tanah Johor banyak tergadai kepada rakyat asing sewaktu Presiden PPBM menjadi MB Johor. Daripada terus membiarkan tanah-tanah di Johor jatuh ke tangan pelabur asing, strategi Kerajaan Johor ialah mewujudkan pulau buatan manusia ditengah laut untuk dibina Forest City yang sebenarnya merupakan satu pendekatan di luar kotak. Rumah yang dijual berbentuk kondo mewah yang hanya memiliki status hak milik strata dan harganya sangat mahal. Setiap rumah yang dijual sebahagian besar menjadi hasil kerajaan negeri. Dana ini kemudiannya disalurkan untuk membeli tanah dan membina rumah mampu milik untuk rakyat negeri Johor, baguskan?. Saya sebagai anak Johor berbangga kerana di bawah pemerintahan MB sekarang, tanah Rezab Melayu di Johor semakin bertambah saban tahun dan bukan kian merosot macam masa boyfriend dan teman tidor Nika Gee berkuasa dulu.
7. Siapa sebenarnya yang merobohkan dan menjual tanah Kem Tentera Sungai Besi dan beberapa kem tentera yang lain?
Jawapan : Pengkalan Tentera Sungai Besi sudah lama, usang dan sudah tidak strategik lagi sebagai pengkalan tentera udara. Mungkin mamat yang mempertikai penjualan Kem Sungai Besi ini bengang kerana syarikat kroni Tun Mahathir, YTL tidak memenangi bidaan tanah yang dikenali sebagai Bandar Malaysia itu. Kalau *YTL* yang dapat, tentu mereka senyap dan sunyi kerana kenyang makan dedak? Untuk makluman, sejak zaman komunis lagi pesawat kita di Pengkalan Udara Sungai Besi pernah dibom beberapa kali mengguna pelancar roket dari tepi lebuh raya Sungai Besi. Strategik apa namanya kalau pengkalan tentera kita terdedah dan terbuka dengan serangan musuh semudah itu? Keduanya, sedarkah kamu bahawa pesawat tentera udara kita semakin lama semakin besar dan makin canggih. Maka sudah semestinya ianya memerlukan landasan yang lebih panjang dan lebar. Mungkin para pemfitnah dajjal ini tidak sedar bahawa Pengkalan Tentera Udara Sungai Besi hanya diguna oleh pesawat Chesna dan peminat Glider sahaja, pesawat buruk macam Charlie pun tak guna Pengkalan ini. Macam mana kita nak gunakan ia untuk mendaratkan pesawat baru yang jauh lebih besar seperti MIG29? Ini belum cerita masalah lain termasuk menara kawalan dan risiko kemalangan bila pesawat terpaksa membatalkan penerbangan dihujung landasan?
Perlu difahami juga bahawa 1MDB memenangi bidaan untuk membeli tanah tersebut daripada Kerajaan kerana 1MDB setuju dengan pelbagai syarat ketat yang telah diletak oleh pihak kerajaan. Di antaranya ialah, 1MDB perlu membina 6 buah kem tentera yang baru dan 2 kem polis baru sebelum mula membangunkan Bandar Malaysia. Keduanya, kesemua kos pemindahan ke kem baru tersebut akan ditanggung oleh 1MDB. Ketiga, di Bandar Malaysia ini juga akan dibina 5000 unit buag rumah mampu milik. YTL atau Berjaya sanggup ke?
8. Siapa yang jual aset strategik tenaga seperti TNB dan sebagainya?
Jawapan : Inilah masalahnya apabila Prof Kangkung dan Penceramah tepi longkang bersuara. Bila pulak kita jual TNB? Kalau tidak faham bukankah lebih baik jika kita berdiam diri dari mendedahkan kebodohan kita apatah lagi menghasut? Yang 1MDB jual ialah aset penjana tenaganya, iaitu Edra Energy, bukan TNB. Edra cuma bekal tenaga kepada TNB. Edra pula hanya menjana 14% daripada keperluan tenaga negara. Namun, disebabkan Edra membekalkan tenaga 1 sen lebih murah dari TNB dan 9 sen lebih murah dari syarikat pembekal tenaha milek 4 kroni Mahathir dulu, merasa juga kita menikmati penurunan tarif pada awal tahun 2015 dulu, alhamdulillah. Bahawa Edra menjana pulangan RN5 billion setahun, malangnya bila mereka hendak disenaraikan di BSKL, puak-puak pembangang seperti kalian juga yang sabotaj. Kamu serang 1MDB bertubi-tubi sehingga Edra tidak dapat disenaraikan. Maka melepaslah peluang untuk Edra meraih dana tambahan yang sepatutnya membolehkan Edra mempunyai modal pusingan yang kukuh. Kalau kalian tidak sebotaj, tak perlulah 1MDB jual Edra itu. 1MDB berhutang kerana beli aset, maka untuk mengurangkan hutangnya, mereka juallah aset yang menyebabkan mereka berhutang. Berhutang salah, jual aset untuk hapuskan hutangpun salah. Tak salahnya ialah kalau kroni Mahathir dapat manafaat dengan percuma hasil dari jualan itu agaknya. Agaknya itu yang kalian mahu?
9. Siapa pula yang jual Proton dan Lotus kepada Negara China?
Jawapan : Yang mula-mula sekali menjemput Geely untuk menjadi rakan kongsi strategik Proton dan Lotus tu siapa ya sebenarnya? Bukankah Dr Mahathir Mohamad dan Syed Mokhtar Al-Bukhari yang telah mengundang mereka? Sekarang nak pertikaikan pulak bila yang berjaya sealed the deal adalah PM Najib? Kalau ada benda betul yang Mahathir buat, bagi saya menjual 49.9% saham proton kepada Geely itu adalah satu darinya. Apa guna kalau Proton 100% milik negara tapi pasaran negara Asean pun kita tak boleh nak tembus semua? Asyik nak mintak suntikan modal dari Kerajaan sahaja walaupun dah berbelas billion diberikan. Sedarkah kalian, bahawa pada penghujung tahun lalu jualan kereta semuanya naik mendadak, tapi jualan proton semakin merosot? Kenapa? Bukankah lebih baik memiliki hanya 50.1% yang nilainya berkali ganda lebih besar daripada 100% saham proton sekarang ini? Lihat sahaja apa yang telah berjaya Geely lakukan apabila mereka mengambil-alih Volvo. Dari sebuah syarikat yang bermasalah dan hampir muflis, kini Volvo mampu menjual 420,000 buah kenderaan dan menjelang 2020 mereka mensasarkan untuk menjual lebih dari 800,000 unit kenderaan setahun. Marvelous bukan?
Dengan 'networking' yang Geely ada dan penguasaan pasaran hampir 1.4 billion penduduk negara China sekarang, sudah pasti jualan proton juga akan turut meningkat dan melonjak dengan mendadak. Bila jualan meningkat, alat ganti juga akan dibuat dengan skala yang lebih besar. Alat ganti akan menjadi murah dan kualiti proton juga sudah pasti akan lebih baik selepas mendapat rakan kongsi strategik yang juga merupakan pemilik kereta paling selamat didunia, Volvo. Takdelah lagi orang gelar Proton sebagai kereta yang ada masalah 'power window' dan 'gear box' kena tukar setiap dua kali setahun? Dan akhirnya jadi besi buruk dan tak laku untuk dijual? Baguskan teori Mahathir?
10. Siapa yang kutip GST dan guna untuk bayar hutang 1MDB?
Jawapan : Ada yang kufur nikmat tuduh GST diambil oleh Najib dan Rusmah untuk berjoli. Ini satu fitnah dajjal yang amat jahat dan tidak berasas samasekali. GST adalah cukai kepenggunaan bagi menggantikan SST yang menindas rakyat dan tidak berkesan, ia kutip olen pihak Kastam Diraja Malaysia bukan dibayar kepada Najib. Semua kutipan GST beresit dan diaudit.
Setakat hari ini, modal yang telah kerajaan berikan kepada 1MDB untuk memulakan perniagaan hanyalah RM1juta sahaja dan 'standby credit' sebanyak RM950 juta yang sudahpun 1MDB bayar balik selepas kejayaan proses Rasionalisasi 1MDB yang semakin giat berjalan. Bila pula duit GST digunakan untuk membayar hutang 1MDB? Itu satu kenyataan bodoh dan fitnah yang keterlaluan. Apa yang pasti, nasib baik kita ada Perdana Menteri yang sanggup mengambil risiko dan keputusan tidak popular dengan meneruskan perlaksanaan GST. Juga Ahmad Maslan bekas Timbalan Menteri Kewangan 1 yang ke hulu ke hilir menjelaskan tentang GST. Kalau kedua-dua tokoh ini takut dimaki-hamun dan play safe, dihina dan takut hilang kuasa dan populariti bila rakyat marah apabila GST dilaksanakan, cuba bayangkan apa akan terjadi kepada negara ini bila negara kehilangan pendapatan RM35.9 billion dari hasil minyak pada tahun 2016 berbanding 2014. Ada pemimpin pembangkang tolong top up? Haram ada bukan!? Jelas GSTlah yang telah menyelamatkan ekonomi negara pada ketika itu. Pendapatan SST pada tahun 2014 cuma RM14billion lebih sedikit. Tetapi selepas GST dilaksanakan, kita telah berjaya mengutip RM42 billion hasil cukai pada 2016. Pada tahun ini kutipan GST dijangka meningkat kepada RM51 billion. Terima kasih rakyat Malaysia.
Sungguh kita bernasib baik kerana Najib dan kerajaan Malaysia berfikiran jauh. Masa beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada tahun 2009, kita bergantung sebanyak 42% hasil negara melalui hasil petroleum. Setelah perlaksanaan rasionalisasi subsidi dan usaha mempelbagai pendapatan negara termasuk perlaksanaan GST, kadar kebergantungan kita terhadap hasil petroleum kini cuma tinggal 14% sahaja pada tahun lepas. Kalau otak Najib dan para pemikir negara ini lembap macam Dr Klinikal Mahathir, bila harga minyak jatuh merudum pada tahun 2014, sudah pasti pada tahun 2015 dan berikutnya gaji kakitangan awam sudah dipotong sebanyak 20% sepertimana yang berlaku di Negara Brunei Darul Salam. Maka sudah pasti harga minyak dinaikkan sepertimana yang berlaku di Mesir, Jordan, Tunisia dan sehingga 40% di Saudi Arabia pada 2015. Namun, disebabkan kebijaksanaan Kerajaanlah harga minyak di Malaysia mula diapungkan sejak 1 Disember 2014 yang menjadikan rakyat dapat merasai penurunan harga minyak secara konsisten selama 2 tahun dari RM2.30 sen hingga RM1.60 sen untuk seliter bagi RON95. Kerana negara ini diperintah oleh tangan orang yang tahu menjaga ekonomilah maka kita tidak perlu memotong gaji kakitangan awam, sebaliknya menaikkan gaji mereka sebanyak dua (2) mata anaktangga pada tahun 2016.
Bahawa fitnah itu senjata Iblis laknatullah, musuh Allah dan musuh seluruh umat manusia.
Bebaskan diri dan keluarga anda dari FITNAH!
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Sumber: Dato' Lokman Noor Adam, Pengarah Komukasi strategi KKM
Disunting semula oleh: Haji Naseron Ismail, Pegawai Kanan Biro IT UMNO Malaysia.