PERPECAHAN PKR BUKAN SANDIWARA
Pendedahan Rafizi Ramli tentang situasi muktahir PKR yang dikatakan sedang berpecah sememangnya menarik untuk dibincangkan.
Menurut Rafizi, sebahagian besar pemimpin PKR tidak bersetuju dengan agenda kerjasama dan berbaik-baik dengan PAS yang sedang digerakkan oleh Azmin Ali sementara sebahagian lagi menyokong usaha tersebut.
Kata Rafizi, Azmin tak ikut pandangan majoriti ahli dan pemimpin PKR lalu menuntut hal tersebut dibincangkan dalam kongres parti.
Kata Rafizi lagi, jelas kini Azmin meninggalkan rakan-rakan dalam Pakatan Harapan yang telah membuang PAS daripada kempen menawan Putrajaya mereka.
Azmin dilihat terpaksa, atau tiada pilihan lain yang lebih bagus untuk mengekalkan penguasaannya di Selangor. Satu-satunya pilihan yang ada ialah parti serpihan PAS iaitu PAN. Namun hingga kini, berdasarkan kajian demi kajian yang dibiayai Azmin sendiri, mendapati bahawa PAN bukan satu faktor kemenangan. Tak boleh diharap, senang bahasa.
Pun, bagi Rafizi pula, jika kerjasama itu berlaku, ini bermakna PKR khususnya di Selangor telah melanggar prinsip Pakatan Harapan yang telah menolak PAS secara total dan bakal mewujudkan situasi yang kacau bilau sekiranya UMNO dan Barisan Nasional berjaya ditumbangkan kelak atau sekurang-kurangnya jika dapat mengekalkan penguasaan mereka di Selangor sahaja.
Justeru bagi memastikan situasi-situasi yang tidak menggembirakan ini berlaku, Pakatan Harapan bakal mengambil tindakan yang tegas termasuk memberi kata dua kepada Azmin Ali dan Wan Azizah dalam masa terdekat. Itu pun jika Rafizi dan INVOKE berjaya menghasut pimpinan Pakatan Harapan untuk bertindak.
HASRAT CABANG-CABANG KEADILAN MEMANGGIL KONGRES KHAS MEMUKTAMADKAN KOMITMEN BERSAMA PAKATAN HARAPAN
Satu sidang media akan diadakan oleh wakil-wakil cabang dan pimpinan akar umbi KEADILAN dari seluruh negara yang bertindak membentuk Jawatankuasa Bertindak Harapan KEADILAN ("Harapan KEADILAN") untuk mengumumkan bermulanya proses mengikut Perlembagaan KEADILAN memanggil satu Kongres Khas.
Kongres Khas adalah satu peruntukan di dalam Perlembagaan KEADILAN yang perlu dipanggil jika cukup syaratnya iaitu satu pertiga dari cabang-cabang yang layak menyertai kongres menulis secara rasmi kepada Setiausaha Agung meminta diadakan satu Kongres Khas.
Kongres Khas ini digerakkan untuk memuktamadkan komitmen KEADILAN untuk memperkuatkan Pakatan Harapan, sekaligus mendapatkan keputusan yang mengikat sama ada pimpinan parti akan terus berunding dengan PAS atau tidak.
Maklumat lanjut sidang media itu adalah seperti berikut:
Tarikh: Isnin, 28 Ogos 2017
Masa: 1130 pagi
Tempat: Bilik Bunga Raya