Jumaat, 2 Februari 2018

Cerita orang Kedah

Sepanjang hampir dua tahun lebih menjadi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilihat tidak begitu memperdulikan masalah yang dihadapi penduduk termasuk  dalam kawasan Dewan Negeri Alor Mengkudu di sini. 

Namun selepas 'hilang jawatan' Menteri Besar dan kini berada di dalam parti pembangkang, Mukhriz  baharu mula hendak 'tunjuk muka' dengan mengajak rakyat menyokong parti  pimpinannya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).