Ahad, 11 Mac 2018

Kerajaan Keluarkan Lebih 734,000 E-Visa



Kerajaan terus memperkasakan sistem visa elektronik (E-Visa) negara bagi memanfaatkan rakyat Malaysia serta menarik lebih ramai pelancong asing.

Antaranya, kerajaan  mengeluarkan lebih 734,364 E-Visa bagi tujuan tersebut. Ia membantu memudahkan pemohon membuat permohonan dalam talian dan mencetak sendiri visa Malaysia tanpa perlu hadir ke pejabat perwakilan Malaysia.

Sistem ini bukan sahaja diperkenalkan di Malaysia, bahkan turut diperkenalkan di 10 buah negara lain mulai 1 Mei 2017.

Selain itu, kerajaan turut memperkasakan Sistem Saringan Awal Pemeriksaan Penumpang (APSS) yang akan memperkuatkan lagi soal kawalan dan soal menentukan bahawa aspek keselamatan sama sekali tidak akan diabaikan.

Usaha kerajaan ini dalam masa yang sama mampu menarik lebih ramai pelancong terutama dari China dan India sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

#BarisanProRakyat