Rabu, 28 Mac 2018

PERSEMPADANAN SEMULA DILULUSKAN DENGAN 129 UNDI MENYOKONG




Hari ini tercatat lagi satu sejarah yang memalukan kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Muhamad. Tun sewaktu menjadi perdana menteri dan merangkap menteri KDN menentang habis-habisan sebarang bentuk demontrasi jalanan terutama selepas pemecatan Anwar Ibrahim.  Anwar adalah Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri ketika itu.

Ribuan rakyat disembur air panas dan air berwarna oleh FRU yang menerima arahan daripada menteri KDN, mereka juga dipukul dengan belantan disepak dan sebagainya, pemimpin politik yang menyokong Anwar Ibrahim ditahan di bawah akta ISA. Antara yang ditahan ialah TPM DS Dr Ahmad Zahid ditahan di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Menteri Besar Perak YAB Dato Sri Dr Zambry juga pernah ditahan dibawah ISA kerana memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim.

Hari ini Mahathir buat kali kedua telah turun kejalanan untuk berdemonstrasi menentang kerajaan yang pernah di pimpinnya selama 22 tahun.

Kali pertama beliau turun ke demo bersih yang diketuai oleh Ambiga dan Marina Chin bagi menuntut pilihan raya yang bersih. Kali ini pula untuk membantah pembentangan kajian semula persempadanan oleh Suruhanjaya Pilihan raya. Pembentangan tersebut telah dibuat oleh YAB Dato Seri Najib Razak Perdana Menteri pada jam 11.30 pagi tadi.

Sebaik sahaja PM selesai pembentangan , 3 ekor ahli Dap dan Pkr bangun buat bising mereka ialah Tian Chua, Serdang dan Kapar.

Manakala sesi petang 14 ahli berbahas dan seperti biasa pembangkang menentang habis-habis dengan menggunakan hujah yang tidak tepat. 

Akhirnya selepas menggulung penghujahan oleh TPM Dato Sri dr Ahmad Zahid Hamidi dan  pengundian dibuat, Persempadanan semula diluluskan dengan 129 undi menyokong dan 80 undi menolak.

Syabas dan Tahniah kepada yang menyokong. HIDUP BN