Rabu, 28 Mac 2018

10 tahun: 10 kegagalan PKR tadbir Selangor



Azmin Ali sudah-sudah la menuding jari kepadapihak lain. Akui sahajalah kelemahan kerajaan PKR-PH tadbir negeri Selangor. Berikut 10 kesalahan yang masih gagal dijawab Azmin sehingga sekarang.


1. Gagal selesaikan penstrukturan industri air
(2.5 juta pengguna terjejas)

2. Pendidikan percuma UNISEL gagal dilaksana
(rugi RM126 juta)

3. Usaha martabatkan Islam terpinggir
(usul perkasakan Mahkamah Syariah ditolak dua kali)

4. Projek rumah mampu milik gagal
(9 projek Rumah Selangorku batal)

5. Kos sara hidup tinggi
(cukai hartanah naik sehingga 391%)

6. Kerajaan negeri didapati gagal mengamalkan tadbir urus baik
(enggan tanda tangani Ikrar Bebas Rasuah bersama SPRM)

7. Gagal urus hal ehwal belia, sukan dan kebudayaan negeri
(pasukan bola sepak Selangor dinafikan hak untuk beraksi di Stadium Shah Alam)

8. Gagal urus isu sampah dan denggi
(kes denggi tertinggi enam tahun berturut)

9. Gagal urus fungsi syarikat kerajaan negeri
(PKNS bina projek perumahan mewah)

10. Gagal urus masalah sosial
('Oktoberfest', lulus lesen pusat hiburan, rumah urut dan judi)

#TolakPakatanPRU14
#PakatanProDAP