Ahad, 8 April 2018

BN Mahu Rapatkan Jurang Ekonomi Antara Kaum

 

Dalam meraikan kepelbagaian etnik, kepercayaan dan budaya, BN memperkenalkan 11 inisiatif baharu untuk meningkatkan kerjasama dan keharmonian antara kaum, agama dan negeri-negeri seluruh Malaysia. 

Menerusi Manifesto PRU14, BN antara lain akan memastikan perkhidmatan awam negara mencerminkan kepelbagaian etnik dengan berusaha menarik lebih ramai masyarakat bukan Bumiputera untuk menyertai perkhidmatan awam. BN juga akan memastikan peningkatan peratusan pengambilan bukan Bumiputera ke dalam universiti-universiti awam di Malaysia.

Untuk kaum Cina, Kerajaan akan memperhebat Kampung Baru Cina melalui pembinaan lebih banyak kemudahan asas dan prasarana, agar ekonomi kampung dapat terus dijana demi mewujudkan suasana kehidupan penduduk yang lebih selesa dan dinamik. Kaum India juga tidak dibiarkan kerana Unit Pembangunan Masyarakat India (SEDIC) JPM  menyalurkan dana berterusan untuk membiayai, latihan kemahiran, keusahawanan dan pendidikan demi memartabatkan prestasi pencapaian kaum India.

#hebatkannegaraku #barisanprorakyat #waybetterthanpakatan