Dalam Manifesto PRU14, Barisan Nasional berjanji akan meneruskan pelbagai inisiatif untuk merapatkan jurang ekonomi demi mengutuhkan pembangunan keharmonian rakyat berbilang kaum, agama dan rentas geografi. Untuk itu, usaha khusus untuk memperkasakan komuniti Sabah dan Sarawak dari segi sosial dan ekonomi.
PM Najib Razak berjanji untuk menyediakan peruntukan khas untuk usahawan-usahawan Sabah dan Sarawak dalam inisiatif carve-out & compete melalui Dana Pembangunan Nasional. Kerajaan juga akan memberikan peruntukan khusus untuk melatih tenaga pengajar dan keperluan bahan pengajaran Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun, seterusnya disalurkan ke Unit Bahasa Iban, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Unit Bahasa Kadazandusun, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
Usaha-usaha lain termasuk:
- Memansuhkan label harga barang mengikut kawasan Semenanjung, Sabah dan Sarawak ke arah Satu Negara Satu Harga
- Memberikan peruntukan khas untuk Kursi Kadazandusun di Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk galakkan penyelidikan berkaitan dengan bahasa, budaya dan kesusasteraan Kadazandusun
- Menambah jumlah pegawai-pegawai yang berkaitan dengan perkhidmatan Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun di Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
- Memperkasa suku kaum Dayak dengan mewujudkan program khas bagi aktiviti menyukat tanah adat, usahawan-usahawan Dayak dan pengajaran Bahasa Dayak.
- Memperkasa Bumiputera Sabah dengan mewujudkan program khas bagi aktiviti-aktiviti penyukatan tanah adat, usahawan-usahawan Bumiputera Sabah dan pengajaran Bahasa-bahasa etnik Bumiputera Sabah.
#manifestoBN
#hebatkannegaraku
#bnprorakyat