*Beberapa jam selepas digugurkan sebagai setiausaha Bersatu Perlis, Wan Saiful Wan Jan mendakwa berlaku salah guna kuasa dalam Bersatu negeri itu.*
*Beliau mendedahkan telah membuat laporan polis mengenai dakwaan pemalsuan dokumen melibatkan tuntutan ratusan ribu ringgit di pejabat Bersatu negeri.*
*Bagaimanapun, dakwanya, beliau digesa menarik balik laporan berkenaan.*
*Saya tidak pasti apa motifnya laporan itu mahu ditarik balik, tetapi saya berkeras tidak mahu menarik balik laporan polis itu.*
*Sebelum itu, saya juga telah bertegas untuk tidak mencampuri urusan mengaturkan pemberian kontrak kerajaan bernilai puluhan juta ringgit kepada syarikat yang melibatkan anak pemimpin Bersatu dari Perlis," katanya.*
*Sementara itu, dalam kenyataannya selepas laporan itu mendakwa beliau telah ditawarkan sejumlah wang yang besar sekiranya membantu dalam pengaturan kontrak tersebut.*
*Saya enggan melakukan salah guna kuasa itu. Saya tidak akan bertolak ansur dalam hal integriti, dan saya tidak akan tunduk kepada tekanan untuk mendapatkan wang dengan cara salah oleh mana-mana individu tanpa mengira jawatan yang mereka pegang di Perlis," katanya.*
Read More..https://m.malaysiakini.com/news/459221