Brenton Tarrant (nama FB), pengganas berasal dari Australia merupakan penyerang yang melakukan tembakan bersasar di Masjid Al-Nour, Christchurch, New Zealand pada pagi tadi.
Brenton telah memuat naik siaran langsung proses serangan yang dibuatnya menggunakan kamera GoPro yang diletakkan di kepalanya. Brenton telah menyiarkan siaran tersebut di akaun facebooknya, socialstream, streamable dan banyak lagi saluran.
Tidak diketahui apakah motif dan tujuan serangan, Brenton telah dilihat menaiki sebuah kenderaan Subaru menuju ke Masjid Al-Nour dalam keadaan memakai seragam lengkap 'full gear' siap berbaju kalis peluru dan membawa 2 buah senapang, shotgun dan mp4.
Difahamkan di Masjid Al-Nour sahaja seramai lebih kurang 27 orang telah dilaporkan maut dan puluhan lagi cedera akibat serangan tersebut. Kesemua mangsa adalah umat Islam yang jumlah keseluruhannya tak sampai 1.5% pun di New Zealand dan kesemua mereka baru sahaja selesai menunaikan solat fardhu Jumaat pada pagi tadi (waktu Malaysia).
Difahamkan juga ahli kumpulan yang dianggotai oleh Brenton telah melakukan 3 lagi serangan sama di 3 lokasi berbeza iaitu di Masjid Lenwood, Hospital Christchurch dan juga di Strickland Street. Kesemua 4 lokasi tembakan bersasar adalah di bandar Christchurch, New Zealand.
Dilaporkan juga, dua orang warganegara Malaysia telah disahkan menjadi mangsa dan salah seorang (ayah) sedang dirawat di salah sebuah Hospital di sana. Walaubagaimanapun, anak kepada mangsa masih belum ditemui dan tiada sebarang laporan di keluarkan.
Jumlah keseluruhan mangsa yang maut masih belum dikenalpasti. Namun jumlah mangsa yang cedera telah meningkat melebihi angka 20 orang. Majoritinya adalah orang Islam kerana serangan bersasar ini telah menyerang 2 buah masjid di sana.
Difahamkan juga, Brenton dan rakan-rakan kongsinya adalah pemegang passport warganegara Australia. Pihak Polis dan Counter-terrorism New Zealand telah mengaktifkan darurat di Christchurch akibat "active shooter" yang sedang berlaku di sana.
Pihak CTW mereka juga telah mengaktifkan Join-Counter-terrorism dengan pihak berkuasa Australia bagi mengesan kesemua saspek yang masih bebas serta mengesan kesemua sel-sel tidur (sleeper cells) mereka yang mungkin berselerak di serata New Zealand.
Perdana Menteri NZ telah mengeluarkan kenyataan dan menyifatkan insiden ini sebagai "hari paling gelap buat New Zealand" sementelah negara tersebut adalah merupakan sebuah negara paling aman di dunia, namun hari ini keamanan tersebut telah dicemari dengan insiden tembakan bersasar secara serentak di 4 buah lokasi berasingan. Ini menunjukkan kegagalan Anti-Terrorism unit mereka berfungsi dengan baik.
Kini telah jelas kelihatan di mata dunia bahawa istilah 'terrorist' patut digunapakai juga terhadap bangsa berkulit putih. Ia tidak hanya mencerminkan umat Islam sahaja yang sering diklasifikasikan sebagai pengganas. Hari ini dunia bersaksi bahawa umat Islam telah menjadi mangsa keganasan bangsa berkulit putih pula.
Saya meminta dan menyeru Wisma Putera agar segera menggerakkan aset negara ke sana bagi memastikan dan menjamin keselamatan seluruh rakyat Malaysia yang berada di sana. Jika perlu dibawa pulang, bolehlah memanggil mereka pulang seketika sehingga keadaan terkawal.
Apapun, kita doakan agar kesemua warganegara Malaysia yang berada di sana dalam keadaan selamat dan dipelihara hendak-NYA. Salam takziah buat seluruh ahl keluarga mangsa kejadian.
.
[UPDATE] Setakat peteang ini, seramai 4 orang saspek telah ditangkap termasuk Brenton, 3 daripadanya adalah lelaki dan seorang lagi adalah wanita. Lapor polis NZ.
.
.
----------------
Al-Fatihah buat kesemua mangsa yang telah kembali ke Rahmatullah. Semoga seluruh arwah dikurniaka pahala Syahid dan ditinggikan darjat mereka disisi-NYA. Al-Fatihah buat mereka semua...
.
#Terrorism
#PrayforNewZealand
#NewZealandShooter
#PrayforMuslimNewZealand
.
.
.
-bk
15 Mac 2019