Khamis, 29 Mei 2008

MCA kecam serangan ke atas penduduk Bandar Mahkota Cheras

Samseng terima padah
Siapa yang paling ramai kalau bukan penyokong Dap

PUTRAJAYA: MCA hari ini mengecam serangan dan penggunaan keganasan terhadap penduduk Bandar Mahkota Cheras yang membantah pembinaan penghadang di atas jalan berhampiran Lebuhraya Cheras-Kajang.

Naib Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat, berkata beliau sudah berjumpa dengan anggota Jawatankuasa Bertindak Bandar Mahkota Cheras dan menerima aduan bahawa keganasan digunakan dalam usaha menghalang penduduk daripada merobohkan penghadang itu.

"Saya terkejut kerana berlaku keganasan atau penggunaan elemen keganasan ke atas beberapa penduduk oleh golongan tidak bertanggungjawab di bawah pemerhatian penuh pasukan polis.

"Saya akan mengambil tindakan susulan terhadap kes ini dengan Ketua Polis Selangor dan Ketua Polis Negara berhubung insiden ini. Sebarang usaha oleh mana-mana pihak untuk membawa masuk samseng atau perusuh sama sekali tidak akan dibiarkan,” katanya di sini hari ini.

"Sebagai penduduk dan pemilik hartanah, mereka mempunyai hak untuk menyatakan bantahan. Kenapa anda biarkan penduduk dipukul? Sama ada mereka anggota mana-mana parti politik atau tidak, itu bukanlah perkara utama tapi yang penting ialah anda tidak perlu menggunakan kekerasan,” kata Ong, yang juga Pengerusi MCA Selangor. - Bernama