Rabu, 11 Jun 2008

BATAL SYARAT SIMPANAN MINIMA SSPN

KUALA LUMPUR 10 Jun - Syarat wajib simpanan minimum antara RM500 dan RM2,000 bagi memohon Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak akan dilaksanakan pada tahun ini, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Sebaliknya pemohon hanya perlu memenuhi syarat-syarat minimum membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sebanyak RM20 sahaja, katanya dalam satu kenyataan.

Langkah itu bagi meringankan bebanan pelajar untuk mendapatkan simpanan PTPTN, kata Mohamed Khaled.

Tahun lepas, kerajaan menetapkan syarat simpanan wajib dalam SSPN sebanyak RM3,000 bagi keluarga berpendapatan bulanan melebihi RM2,000 sebulan dan RM500 bagi keluarga berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan sebelum anak-anak mereka layak memohon pinjaman PTPTN.

- Bernama

KOMEN:Bagus lah, Ramai ibubapa dah mengeluh bila baca syarat wajib ada sebelum dapat pinjaman. Maklumlah program bermula tahun ini, anak pula dalam Tingkatan 5 , barang keperluan dah naik., mana ada wang nak simpan sampai 3 ribu ringgit dalam tempoh setahun. kalau anak baru berusia setahun jagung elok lah, bila usia sudah 18 masa nak masuk Universiti boleh ambil wang SSPN tanpa perlu meminjan lagi dari PTPTN