Sabtu, 14 Jun 2008

DEMONTRASI MINYAK OLEH PAS

KUALA LUMPUR 13 Jun - Tindakan pantas polis berjaya menghalang kira-kira 1,500 penunjuk perasaan daripada parti pembangkang untuk berarak ke Kuala Lumpur City Centre (KLCC) bagi membantah kenaikan harga minyak.

Ekoran itu perarakan yang bermula di Masjid Jamek Kampung Baru dan dijadualkan ke KLCC selepas solat Jumaat kira-kira pukul 2.10 petang hari ini ditukar ke Ibu pejabat Pas Pusat, Jalan Raja Laut.

Tiada tangkapan atau penyemburan gas pemedih mata dilakukan dalam perarakan sejauh satu kilometer itu yang berakhir kira-kira pukul 4 petang.

Seramai 889 pegawai dan anggota polis daripada Unit Simpanan Persekutuan (FRU), Cawangan Khas, Unit Udara, trafik dan tugas am dikerahkan bagi mengawal perhimpunan dan keadaan lalu lintas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, polis berjaya mengawal perarakan itu dengan baik tanpa kejadian tidak diingini berlaku.

"Polis hanya memantau perarakan ini dengan meletakkan anggota di Kampung Baru dan KLCC.

"Kita tidak mahu mengambil tindakan untuk mengelakkan keadaan tidak terkawal dan menjadi ganas," katanya ketika dihubungi.

Antara pemimpin Pas yang hadir dan berucap ialah Naib Presidennya, Mohamad Sabu dan Ketua Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, beliau berpuas hati dengan kawalan keselamatan yang dijalankan.

Katanya, berlaku kesesakan lalu lintas di Jalan Sultan Ismail dan Raja Laut kerana polis terpaksa menutup laluan tersebut sementara bagi mengawal keselamatan.

"Perhimpunan ini tiada permit, mereka hanya hantar surat pada Selasa lalu untuk memberitahu dan bukan permohonan," katanya.

Ditanya sekiranya polis akan membuat tangkapan terhadap mereka yang terlibat, beliau menegaskan, perkara itu akan disiasat terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan diambil.

KOMEN: Mat Sabu tu selamat sebab duduk dalam PAS. kalau lah dia ni seorang UMNO, aku tak tahu lah apa nak jadi, PAS akan kata Mat Sabu bodoh, jadi Pak lawak UMNO, Kaki sontot , Agaknya hari-hari Harakah akan maki hamun dia sebab peragai dan pembawaan beliau, Mat Sabu ni suka buat lawak juga, kalau dengar dia ceramah seronok tapi tunggu mood dia bagus lah, kalau syeikh dia naik dan minyak dah turun takut juga tengok dia bercakap, lagi satu kalau dia bercakap , kalau ada parang duk dekat-dekat dia ,elok lah kita sorok parang tu cepat-cepat, bukan apa takut minyak dia turun jadi gajah naik minyak pula, hahahahaha...

Mat sabu suka gelak macam tu kalau dia bagi ceramah.