Sabtu, 14 Jun 2008

PAKATAN RAKYAT PERAK YANG DUNGU

Levi: Kerajaan campuran Perak 'ketinggalan bas'

IPOH 13 Jun - Langkah kerajaan campuran Perak memansuhkan levi ke atas warga asing bagi pembelian hartanah dianggap sebagai 'ketinggalan bas' kerana perkara itu sebenarnya telah dilaksanakan sejak Januari 2005.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Ramly Zahari berkata, pelaksanaannya selaras dengan keputusan mesyuarat Majlis Tanah Negara pada akhir 2004 yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

''Kerajaan negeri terdahulu tidak lagi mengenakan levi RM5,000 kepada sebarang transaksi hartanah melebihi RM200,000 sejak tiga tahun lalu tetapi klausa di dalam Peraturan Tanah Perak mengenai levi itu memang belum dibatalkan.

''Jadi langkah kerajaan negeri campuran sekarang ternyata sudah 'ketinggalan bas' malah mengelirukan warga asing," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaludin kelmarin mengenai pemansuhan levi yang dikenakan kepada warga asing bagi pembelian hartanah di negeri ini.

Kata Mohamad Nizar, ia sebagai usaha membantu program 'Malaysia Rumah Kedua' untuk menggalakkan pelaburan.

Katanya, pembatalan levi akan menarik lebih ramai warga asing membuat pelaburan sekali gus meningkatkan prestasi ekonomi negeri.

Berdasarkan rekod, dalam tempoh tiga tahun lalu, kerajaan negeri terdahulu sudah memproses sebanyak 250 permohonan bagi pengecualian levi kepada warga asing.

Sementara itu, Ramly berkata, UMNO Perak sudah berada di peringkat akhir untuk mengemukakan writ saman terhadap Mohammad Nizar ekoran dakwaannya bahawa kerajaan negeri terdahulu pernah menukar serta-merta setiausaha kerajaan negeri (SUK).

Kata beliau, pihak peguam masih lagi menganalisis dan mengemas kini segala fakta berkaitan sebelum memfailkan saman itu secepat mungkin.

''Mohammad Nizar kena buktikan bila kerajaan negeri terdahulu pernah menukar serta-merta SUK kerana kita memang tidak pernah berbuat demikian.

"Kemungkinan besar saman itu akan difailkan sebelum Dewan Undangan Negeri Perak bersidang pada 24 Jun ini,'' katanya.

KOMEN: Ini menunjukkan PR bukan pandai berkerja , mereka hanya pandai bercakap dan mengkritik orang lain sahaja, semua orang puak-puak pembangkang di mana-mana sahaja ini lah perangai mereka.

Bila orang nak laksanakan sesuatu perkara mereka tak mahu ambil bahagian, bila orang minta cadangan mereka tak ada nak bagi apa-apa cadangan tetapi apabila sesuatu perkara telah di laksanakan baru mereka aambil bahagian, tak lain tak bukan ialah mengkritik dan bagi komen itu tak betul, ini tak betul, tetapi masa kita merancang dan panggil mereka duduk semeja untuk berbincang mereka diam dan selalu meninggalkan majilis, nak solat lah, nak ambil anak lah, macam-macam hal. ini pengalaman aku dalam bekerja bersama orang pas. cukup susah kalau ada seorang dua yang berperangai macam tu,