ADUN Batu Kurau buat laporan polis
BATU KURAU 13 Jun - Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Kurau, Kapten (B) Najmudin Elias AlHafiz hari ini membuat laporan polis berhubung fitnah yang dibuat oleh pemimpin Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadapnya.
Beliau mendakwa pemimpin Pas dan PKR di negeri ini menuduh beliau mengeluarkan fatwa mengatakan bahawa orang Pas haram memakan makanan yang disumbangkannya kepada ahli-ahli UMNO di Batu Kurau.
Menurutnya, fitnah itu dilemparkan sewaktu majlis perhimpunan politik pembangkang termasuk ketika lawatan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohd. Nizar Jamaluddin ke Batu Kurau baru-baru ini.
"Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan berharap orang ramai tidak mudah terpedaya dengan dakyah tersebut yang hanya bertujuan memecahbelahkan perpaduan penduduk yang sudah terjalin selama ini.
"Akibat fitnah itu keadaan rakyat di Batu Kurau sudah tidak tenteram dan reputasi saya sebagai wakil rakyat turut terjejas," katanya.
Najmudin menyatakan demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Batu Kurau dengan dihadiri beberapa pemimpin tempatan di sini hari ini.
Beliau menegaskan, tindakan undang-undang akan diambil jika pemimpin pakatan pembangkang terus menabur fitnah tersebut.
Najmudin memberitahu, sumbangan berbentuk beras dan telur kepada ahli-ahli UMNO di Batu Kurau itu sebagai menghargai sokongan yang mereka berikan selama ini.
KOMEN:Pas semakin lama semakin merapu dan mengarut. apa mereka buat semua betul dan halal. orang lain buat semua tak betul. Kalau makanan yang UMNO bagi tu haram , maka orang Pas yang bekerja makan gaji dengan kerajaan Persekutuan juga makan duit haramlah.(ramai ustaz pas makan duit haramlah) Kontraktor Pas yang dok dapat kontrak kerajaan Bn tu makan duit haramlah. Ibu bapa dari golongan Pas yang terima duit KWAPM pun makan duit haram lah. Semua makanan wang masuk ke perut orang Pas pun haram lah. Ini lah dia parti Pas seperti Yahudi , sentiasa memutar belit untuk kepentingan politik mereka. Wahai orang Pas, sedarlah dan insaf lah . hentikanlah politik cokia tu.