Sabtu, 14 Jun 2008

PAS DAN YAHUDI

AGENDA PAS MALAYSIA

Pas adalah Parti Islam Se Malaysia. Cubaan nya untuk berkuasa di beberapa negeri di semenjung telah beberapa kali menemui kegagalan. Hanya di Kelantan Pas boleh mendabik dada. Kejayaan di Terengganu juga tidak mampu bertahan lama, Tahun 2008 Kedah buat pertama kalinya jatuh ke tangan Pas. Di Perak , Selangor dan P.Pinang Pas tidak Berjaya.

Di Perak Pas bukan parti popular, atau dominen. Setiap kali pilihanraya Pas hanya mampu meletakkan calon di kawasan yang mereka yakin boleh menang. Pun begitu banyak kerusi mereka kalah. Seandainya kesemua kerusi DUN dimenenagi Pas ia masih tidak mampu untuk menubuhkan kerajaan Islam Pas. Mahu tidak mahu mereka terpaksa bersekongkol dengan DAP dan parti baru Keadilan. Sebelum ini mereka team up dengan Semangat 46.

Pas sangat bahaya. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai nafsu serakah mereka, tanpa mengira haram atau halal. Tujuan Pas hanya satu, iaitu mengalahkan Barisan Nasional(BN). “Lawan Tetap Lawan” itulah istilah keramat mereka dalam usaha menentang BN jika mereka kurang yakin akan menang di sesuatu kawasan.

Selain dari ingin menguasai politik negeri-negeri di Malaysia , Pas juga mempunyai agenda besar iaitu untuk menguasai pengurusan masjid, PIBG sekolah, persatuan pelajar di university dan kolej dan lain-lain institusi pengajian di Malasysia.

Usaha mereka tidak sia-sia. Banyak pengurusan PBIG sekolah rendah dan menengah telah jatuh ke tangan ahli-ahli Pas. Tujuan hanya satu ialah untuk menyusup masuh dan menguasai minda guru-guru sekolah dengan ideology Pas. Ini telah Berjaya dan sehingga ke hari ini masih ada persatuan Ibu bapa dan Guru yang ahli jawatankuasa terdiri dari kalangan Pas. Banyak juga yang tersingkir setelah pihak sekolah menyedari agenda sulit mereka.

Di masjid juga Pas ingin mengembangkan doktrin mereka. Mereka tahu dengan menguasai masjid segala agenda politik mereka akan menjadi lebih mudah. Kita sedia maklum pengurusan pentadbiran masjid bukan seperti pertubuhan atau kelab , dimana mesyuarat agung dan perlantikan ahli jawatankuasa diadakan setiap tahun atau tiga tahun sekali. Jawatankuasa masjid adalah berdasarkan asas penubuhan masjid. Pengurusan silih berganti seandainya ada AJK yang meninggal dunia atau berpindah , maka AJK yang ada akan mencalonkan nama baru untuk diluluskan oleh Majlis Agama Islam sesebuah negeri.

Awal tahun 90an, jentera mereka(Pas) digerakkan, mereka mendesak jawatan kuasa masjid supaya mengadakan pemilihan jawatankuasa baru. Yang peliknya jawatan kuasa yang ada , akur dengan desakan kumpulan ini dan akhirnya keseluruhan ahli jawatan kuasa masjid adalah milik parti Pas. Maka bermula lah era baru di mana masjid atau surau dijadikan gelanggang politik untuk memaki hamun orang yang tidak sealiran dengan mereka, jika ada ahlijawatan kuasa lama cuba menegur mereka, maka ahli atau jemaah itu diusir dari masjid, diharamkan memijak masjid tersebut. Demikian lah zalimnya orang Pas. Sama seperti Yahudi di bumi Palentine yang merampas tanah milik penduduk asal dan mendirikan perumahan Yahudi yang rata-rata adalah pendatang dari negara-negara eropah. Perbutan Pas sama seperti perbuatan Yahudi di bumi palestine.

Pas juga berjaya menyusup masuk dalam sekolah-sekolah. Perkara ini juga sudah lama berlaku. Ia menjadi lebih mudah sekiranya guru besar atau pengetua adalah ahli Pas atau pro-Pas. Dalam mesyuarat agung PIBG, kumpulan Pas akan berpakat dengan guru-guru atau lain-lain kakitangan sekolah agar memainkan peranan dalam perlantikan ahli-ahli mereka. Tak cukup dengan itu, seandainya guru besar adalah pro_Pas maka beliau juga akan memilih guru-guru dari kalangan ahli Pas untuk menjadi AJK dari kalangan guru.

Di peringkat Institusi pengajian tinggi juga, Pas menyusup masuk untuk melebarkan ideology mereka kepada minda-minda pelajar melayu beragama Islam melalui persatuan-persatuan agama islam atau badan-badan lain yang akan bertanding dalam majlis perwakilan /persatuan pelajar.Usaha akan menjadi lebih senang jika ada dari kalangan pensyarah atau pengajar adalah dari mereka yang berfahaman Pas atau Syiah. Syiah di Malaysia juga megembangkan fahaman mereka melalui Pas. Syiah gagal untuk menyusup masuk ke dalam UMNO kerana rata-rata orang UMNO amat peka dengan gejala-gejala ajaran yang menyeleweng dari fahaman sunah waljamah.

Di institusi jugalah para pelajar yang sudah terpengaruh dengan agenda politik Pas akan menjadi aktivis pelajar yang akan menyokong dasar-dasar Pas untuk menentang Kerajaan. Sejak zaman Anwar Ibrahim , Ibrahim Ali, Hishamudin Rais. Budaya demontrasi jalanan ini sudah bermula. Pengaruh Amerika dan Rusia juga mengambil tempat di waktu itu. Ini dapat dilihat dengan jelas siapa yang menentang Rusia dan siapa yang menentang Amerika. Pas melihat ini sebagai satu peluang. Hari ini remaja-remaja unversiti yang baru keluar dari kepongpong kehidupan kampung dan seolah-olah baru bangun dari tidur yang panjang akan menentang apa juga dasar kerajaan setelah minda mereka dibaptis oleh Pas.

Mereka sanggup mengecewakan ibubapa mereka, guru-guru mereka dengan mengikuti demontrasi jalanan menyokong perjuangan Pas dan juga PKR. Dan apabila mereka disingkirkan dari Universiti mereka akan menjadi ahli Pas atau PKR dan akan terus menjadi penentang kerajaan. Mereka lupa sejak dari dalam perut ibu mereka, pihak kerajaan sudah mengambil berat akan kelahiran mereka. Ibu yang sarat mengandung saban bulan di periksa kesihatannya agar dapat melahirkan seorang kalifah di bumi Allah untuk berbakti kepada keluarga, agama, bangsa dan negara.

Mereka lupa akan susah payah ibu bapa membesarkan mereka dengan penuh kesengsaraan untuk menjadikan anak mereka seorang yang boleh dibanggakan. Kes seperti ini banyak berlaku kepada bangsa melayu yang datangnya dari kampung.

Seorang ayah kepada seorang ahli politik pembangkan pernah menceritakan kisah anaknya. Setiap hari dia bangun jam 3 pagi untuk menoreh getah di kebun . Tak cukup dengan itu beliau sanggup menjual tanah demi untuk menyekolah anak tunggalnya. Akhirnya anak berjaya menjejakkan kaki hingga ke universiti di luar negara. Apabila tamat pengajian dan mendapat segolong ijazah ,anaknya kembali dan menjadi penjawat awam . Alangkah berbangganya ibu ayah melihat kejayaan anaknya. Tetapi kegembiraan itu tidak lama. Anak kesayangannya sudah menjadi ahli politik parti pembangkang dengan ditawarkan untuk menjadi calon pilihanraya. Akhirnya si anak tadi berhenti dari kerajaan semata-mata untuk menjadi calon. Tetapi seperti biasalah, pengundi tidak melihat akan dia, pengundi lebih memilih parti yang telah banyak berjasa kepada mereka. Akhirnya si anak tadi menjadi penganggur . mujurlah si isteri tidak meletakkan jawatan, boleh bergantung hidup dengan gaji isteri. Untuk meneruskan kehidupan . si anak ini melakukan pelbagai pekerjaan. Berkali-kali beliau bertanding dalam pilihan raya namun nasib tidak menyebelahi beliau. Ayahnya mengalirkan air mata bila si anak melepaskan jawatan kerajaan.

Cukuplah sampai di sini . terlalu panjang cerita aku kali ini dah nak jadi macam cerpen pulak.