Samy Vellu mahu anggota Hindraf tahanan ISA dibebas
Dalam masa mengemas bilik bacaan aku terjumpa surat khabar lama bertarikh 31 Mac 2008 yang isinya ialah beliau meminta kerajaan membebaskan lima anggota pertubuhan haram yang kini ditahan di Kamunting.
Hari ini sudah 13 June 2008 , dan kelima-lima orang kuat pertubuhan haram itu masih ditahan lagi. Ini menunjukkan suara Samy Vellu sudah tidak laku lagi. Tambahan pula kes yang membabitkan mahkamah. Walaubagaimanapun beliau berjaya dalam usahanya mendapatkan 8 peratus biasiswa JPA untuk bukan bumiputra, walaupun usaha itu mendapat bantahanke beberapa NGO melayu.
Berbalik kepada kes Hindraf, Samy mesti ingat bahawa hindraf adalah pertubuhan haram. Maka orang yang ditahan itu tetap bersalah walaupun mereka tidak membuat demontrasi jalanan. Kesalahan pertubuhan haram perlu dirujuk kepada undang-undang akta pertubuhan yang sedia ada. Maka di situ sudah cukup menunjukkan kesalahan mereka. Mereka boleh dikenakan hukuman oleh mahkamah hanya dengan merujuk kepada kesalahan di bawah akta pertubuhan.
Samy Vellu meminta dibebaskan mereka seolah-olah Samy juga penyokong pertubuhan haram. Tak hairan kalau satu masa nanti beliau memohon kumpulan samseng yang ditahan dibawah ISA dibebaskan.
Adakah Samy Vellu bersifat perkauman? Ingin menjadi hero kepada kaumnya setelah ditolak pengundi Sungai Siput? Ingin meraih simpati dan sokongan dari kaum India yang rata-rata sudah tidak menyukai beliau? Hari ini beliau kembali dengan new branding dalam MIC. Apakah istilah penjenamaan semula kalau beliau masih ingin mengekalkan kerusi nya dalam pemilihan parti tahun hadapan. Beliau ingin bersara pada 2012. Adakah usia dia boleh boleh sampai sehingga 2012? Kalau dia mahu mengekalkan kedudukan beliau sebagai Presiden , adakah beliau tidak mempercayai orang nombor dua beliau untuk mempimpin MIC atau beliau mahu lihat beliau kalah dalam pemilihan pucuk pimpinan seperti beliau kalah di Sungai Siput.
Oleh itu saya menyeru kepada beliau eloklah beliau mengundurkan diri dan jangan sampai dimalukan buat kali kedua atau ketiga. Dahulu kaum India menyanjung tinggi beliau, tetapi sebelum PRU12 khalayak terutama kaumnya sendiri sudah tidak mahu beliau lagi, ini dapat dilihat dalam sambutan lawatan beliau kebeberapa tempat yang dilawatinya. Kita tak nafikan beliau terlalu banyak berjasa kepada kaum India.
Sekian.