Sabtu, 14 Jun 2008

HUKUM HUDUD (klik di sini)



Pas nak melaksanakan hudud. maka Alllah maha besar dan maha kaya, Pas Kelantan diuji oleh Alllah. Nak tahu apa ujian Allah? tak lain dan tak bukan ialah kisah Mat Sabu di tangkap khalwat. di sebuah hotel di Kota Bahru.

Kerajaan Pas mendapat maklumat seorang ahli politik umno telah didapati sedang berkhalwat di sebuah hotel yang tersohor di sana. Maka apa yang Pas buat? mereka membawa jurugambar TV3 untuk membuat liputan dengan tujuan untuk memalukan sipolan dan UMNO. Tetapi apa yang berlaku ialah bukannya ahli politik UMNO yang sedang berkhalwat.tetapi ialah sekutu Pas iaitu Mat Sabu. Malu besar pegawai-pewagai jabatan agama islam pas kelantan. dan loteri bagi TV3 untuk berita perdana malam tersebut.

Allah nak lihat apa tindakan Pas? Apakah Pas akan menggunakan hukum hudud ke atas Mat Sabu. jawapannya tidak , Pas telah membawa kes ke Mahkamah Syariah Pas Kelantan. Pegawai pendakwa raya ketika itu telah pun meminda report. apa yang dibuat dengan meminda no bilik hotel. semasa di kamar mahkamah nombor bilik bercanggah dengan laporan. maka kes itu tidak kukuh dan kes di gugurkan.

Maka bebaslah Mat Sabu pada hari itu. Penyokong-penyokong Pas diluar pun pun takbir ALLAH AKBAR ALLAH AKBAR.

Anda nak tahu lagi...Pegawai pendakwa raya yang terlibat dengan kes Mat Sabu rasa kesal dengan tindakan Pas Kelantan dan mengambil keputusan meninggalkan Pas dan menyertai UMNO. Semasa pilihanraya 1999 kalau tak silap saya, beliau di lantik oleh UMNO untuk memberi ceramah kepada pengundi seluruh negara.

Oleh itu tentanglah Pas yang telah merosakkan doktrin Islam.