Sabtu, 14 Jun 2008

VIGIL (klik untuk melihat youtube)

Sedih, sedih dan teramat sedih. Orang melayu yang beragama Islam yang setiap hari bercakap soal hukum Allah, soal negara Islam, soal kerajaan Islam , telah mengkristiankan diri mereka untuk bersama-sama dengan bukan Islam dan perarakan vigil di Kuala Lumpur dan di Kamunting.

Hari ini aku melihat apa itu vigil yang sebenarnya , harap para pengunjung blog selepas ini buka lah youtube dan lihatlah apa erti nya vigil sebenar.

Tapi semua tu perkara biasa dalam PAS. Islam mereka yang punya, dalam hukum Islam Pas boleh mengharamkan yang halal. menghalalkan yang haram, dan juga pernah mengharus kan yang haram. tak percaya lihat rakaman ceramah mereka.

Kali ini kita nak dengar apa komen Nik Aziz dan Hadi Awang tentang vigil yang disertai oleh Pas. Aku hukum yang nak dia bagi. dan nak dengar juga apa komen Mufti Perak dan Mufti Perlis.