Ziera Rahman Wed | Jun 18, 08 | 04:47:20 PM | |
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Harakah) - Setiausaha Agung Persatuan Kebangsaan Islam Malaysia (PKPIM), Abdul Muntaqim Zulkipli membidas sikap sambil lewa pihak pemerintah dalam isu mempersiapkan mahasiswa sebagai generasi pemerintah Malaysia akan datang. "Mahasiswa hari ini ialah wajah negara masa hadapan. Maka dalam usaha kita mencari acuan untuk membina dan membangunkan generasi pemimpin Malaysia kelak, tentulah menuntut perhatian bersungguh-sungguh dari segenap lapisan," katanya. Beliau berkata, pihak mahasiswa berasa kesal kerana kerajaan kurang serius memainkan peranannya dalam menyediakan ruang kepada golongan pelajar. "Sepatutnya pelajar dipersiapkan dengan pedagogi atau bekalan yang betul seperti penekanan dari sudut agama, akhlak, kepimpinan dan sebagainya. "Sebaliknya, apa yang kita lihat sekarang ialah pelajar disajikan dengan hiburan dan program yang ringan," katanya. Beliau juga menyatakan bahawa isu ini sebenarnya ini telah lama berlaku dan berharap agar kerajaan memperbanyakkan program seperti dialog yang menyentuh perkara semasa. Bersempena 100 hari Pakatan Rakyat memerintah, beliau menyarankan agar kerajaan Pakatan Rakyat memberi perhatian serius terhadap pembangunan pelajar menerusi 13 tuntutan pelajar yang telah dibentangkan sebelum pilihan raya. "Itu yang perlu diselesaikan dahulu kerana kita tidak mahu mahasiswa dimanjakan dengan budaya hedonisma kerana di penghujungnya akan melahirkan mahasiswa yang mati rasa jiwa," katanya. Katanya, tidak mungkin pelajar dapat mendukung harapan masyarakat jika mereka tandus ilmu dan lesu kepimpinan. - mns_ Komen: Setuju dan sokong. Mahasiswa mestilah dibebaskan supaya boleh berpolitik dan bebas menyokong Pas. Tak perlu belajar sangat. belajar ala kadar cukuplah. yang penting bikin nama sebagai aktivis politik kampus. dan rajin buat demontrasi jalanan. soal memertabatkan universiti kita serahkan kepada mahasiswa bukan melayu. biar mereka belajar kuat-kuat , biar mereka dapat buat MA dan Phd. Kita melayu ni cukup lah belajar sikit-sikit. baik baca harakah dan dapat input terkini kalau dah tension baca majalah mangga atau apa-apa juga majalah keluaran penerbitan dari negeri kelantan. Nabil kata " Lu pikir lah sendiri" |