Ahad, 15 Jun 2008

KHAIRY JAMALUDDIN (KJ) YANG BIJAKSANA(klik)




Berita hari ini menyerlahkan kebijaksaan dan kewibawaannya. Beliau berjaya melahirkan idea yang bernas dalam setengah-setengah situasi. Hari ini beliau bercakap mengenai isu royalti dan subsidi Petronas. Idea dia cukup di terima umum dan juga puak-puak pembangkang pun rasanya menyokong cadangan beliau. Selama ini isu Petronas menjadi panas salah satu sebab mengapa BN gagal mengekalkan majoriti 2/3.

Petronas diibaratkan abang sulung yang berkelulusan Phd dengan gaji yang sangat besar dan dari dari satu keluarga yang miskin. Maka seluruh adik beradik, ibu bapa , saudara mara, ipar duai, rakan dan sahabat handai akan menjadikan abang sulung sebagai sumber untuk memohon bantuan dari segala segi, seperti wang ringgit, pengangkutan, perkhidmatan nasihat, sokongan moral dan boleh dikatakan segala-galanya bergantung kepada abang sulung.

Besar tanggungjawabnya. Tak tolong tak boleh, bila tolong semua orang akan berharap yang sama. seorang sabahat pernah ke suatu daerah di luar negara. Selepas menunaikan solat jumaat di sebuah masjid dan dalam perjalanan untuk meninggakan masjid seorang pengemis telah menghampiri beliau. Dengan mudahnya beliau mengeluar sedikit wang dan diberikan kepadanya. terkejut beruk dia kerana dalam sekelip mata saja berpuluh-puluh lagi pengemis menerpa kepadanya untuk meminta bantuan atau sedekah (sadaqa).

Begitu juga lah dengan Petronas di Malaysia. Banyak perkara yang nak ditanggungkan, pembangunan sumber tenaga manusia, universiti , sekolah , menara petronas, royalti untuk negeri-negeri, royalti minyak untuk pengguna dan bermacam-macam lagi dalam senarainya.

Petronas bukan hanya mencari gali dan menghasilkan minyak di Malaysia. Mereka terpaksa melabur di 33 negara untuk survival Petronas sebagai badan koperat. dan untuk memudahkan urusan Petronas terpaksa berkongsi dengan negra Cina, Kanada , dan beberapa negara lagi. Kita rakyat Malaysia tidak sanggup melihat sebuah syarikat besar seperti Petronas gulung tikar atau menutup operasinya sepuluh atau dua puluh tahun lagi. walaupun tak ada minyak dan gas di Malaysia ini. Kita mahu melihat Petronas terus berdiri teguh seperti MMC, walaupun bijih timah sudah tiada lagi tetapi MMC masih kukuh dengan perniagaan jenis lain.

Tahniah Khairy untuk membawa isu royalti ke Dewan Parlimen, bukannya menjerit-menjerit di jalan raya seperti puak-puak pembangkang yang tidak tahu fungsi dan peranan mereka sebagai MP. Sepatutnya semua isu dibincang dan dibahaskan di dewan bukan di jalanan.