Ahad, 15 Jun 2008

REBAT TUNAI SUBSIDI MINYAK



Semalam dan hari ini pejabat pos menjadi sesak. semua datang dengan satu harapan. Ramai yang membuat lebih dari satu tuntutan. Gembira mereka membawa balik wang sampai seribu lebih. Lepaslah untuk belanja anak cucu untuk bulan ini, kalau ada yang tertunggak bil elektrik , air dan telefon boleh lah diselesaikan , jangan sampai perkhidmatan di potong.

Yang menariknya ramai dari mereka adalah dari kumpulan yang menentang isu kenaikan minyak. Ramai juga yang berserban hijau putih atau setengah orang panggil langau, tersenyum gembira bila pegawai pos menghulurkan wang mereka.

Tu pun ada juga yang komplen apabila melihat seorang India yang menerima rebat lebih dari 5 kereta. Apa kata mereka, tengok tu, rebat bukan untuk orang miskin tapi untuk mengayakan orang yang kaya. kaya lah sebab dirajin bekerja. yang melayu tu malas bekerja . ada kereta pun buruk , tu pun nasib baik dapat rebat juga, kalau kerajaan kata kereta yang berusia 20 tahun ke atas tak akan dapat rebat,,alamat balik saja orang tua tu.

Jangan lah macam tu, tuhan bagi rezeki kepada yang rajin mencari rezeki, yang malas tak dapat apa. oleh itu rajin-rajin lah berkerja dan mencari rezeki yang agar . lebih banyak kereta dan motosikal lebih banyak rebat yang diperolehi.