Isnin, 16 Jun 2008

LIM SOKONG BENTANG PENYATA PETRONAS

ALOR STAR: Penasihat DAP yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang menyokong cadangan Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin supaya penyata kewangan terperinci Petronas dibentangkan di Parlimen supaya diketahui rakyat.

Lim berkata, sebagai syarikat milik kerajaan, rakyat berhak tahu maklumat kewangan terperinci Petronas termasuk berapa jumlah perolehannya, keuntungan dan ke mana wang itu disalurkan.

"Kita meminta Perdana Menteri membentangkan kertas putih penyata kewangan Petronas setiap tahun supaya rakyat mendapat maklumat yang jelas mengenai kedudukan kewangan syarikat minyak negara itu.

"Saya pasti setiap rakyat negara ini berminat untuk mengetahui ke mana wang berkenaan dibelanjakan," katanya ketika ditemui selepas menga-dakan kunjung hormat ke atas Menteri Besar, Azizan Abdul Razak di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau, mencadangkan kerajaan membentangkan penyata kewangan terperinci Petronas di Parlimen bagi membolehkan rakyat memahami keadaan sebenar, termasuk kewajaran di sebalik tindakan kerajaan mengurangkan subsidi.

Khairy dilaporkan berkata, ketiadaan butiran khusus berhubung pencapaian Petronas merangkumi pendapatan dan sumbangan syarikat nasional itu membuatkan rakyat menyimpan prasangka terhadap penjelasan kerajaan.

Lim berkata, selain Petronas, kerajaan juga perlu membentangkan penyata kewangan terperinci syarikat berkaitan kerajaan (GLC) lain kerana ia adalah khazanah milik Negara.

Komen: Lihat …Lit Kim Siang pun setuju,,,ternyata dan terbukti sudah “budak pengangur terkaya di dunia” menurut Lim KS. Lebih bijak dari DAP, PKR dan PAS.

Mahfuz Omar pernah berucap “ Saya sanggup masuk penjara Sg Buloh daripada membayar denda kepada kerajaan zalim. Dia lebih rela berada sebulan di dalam penjara daripada memberi membayar denda. Dia tak sanggup melihat wangnya di beri kepada kerajaan zalim.

Cuba kita kaji balik apa yang dia cakap. Selama ini di jadi MP tak ambil duit kerajaan kah? Pernahkah dia buat tuntutan perjalanan sebagai MP dari Kedah ke Parlimen? Adakah dia pergi ambil rebate subsidi minyak untuk kereta-keretanya? Cakap macam penyu.