Isnin, 16 Jun 2008

WAWASAN 2020 SUDAH GAGAL SEBELUM SAMPAI WAKTU

Dalam Wawasan 2020 terdapat 9 cabaran besar yang perlu diatasi. Belum sampai 12 tahun lagi wawasan tersebut sudah nampak akan sedikit kegagalannya.

Siapa yang menggagalkannya. Jawapannya sudah tentulah rakyat Malaysia sendiri yang telah menghancurkannya. Dan di harap sama-samalah kita merenung kembali 9 wawasan supaya kita menjadi negara yang dihormati di dunia. Sejak pelancarannya , kita yakin akan pencapaiannya, tetapi apabila ancaman musuh dari luar dan dalam negara yang menyerang bertubi-tubi umpama peluru berpandu jarak jauh amerika, harapan dan cita-cita murni rakyat Malaysia sedikit sebanyak sudah tercalar.

Apakah kita akan kembali dijajah? Minta dijauhkan malapetaka tersebut. Cukuplah sekali kita mengalami Tsunami Politik baru-baru ini. Diharapkan semua parti politik di Malaysia berpolitik lah secara demokrasi. lebih tepat lagi demokrasi berparlimen.

Mari kita sama-sama renung kembali wawasan 2020.

1. mewujudkan bangsa Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat dikongsi bersama.

2. mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangsa dengan apa yang ada dan dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah.

3. mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun.

4. mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika.

5.mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.

6. mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

7. mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mengutamakan kepentingan masyarakat, kebajikan insan tidak akan berkisar kepada negara atau orang perseorangan, tetapi sekeliling sistem keluarga yang kukuh.

8.memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.

9. mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

Soalan : Siapa perosak wawasan 2020?
Jawapan: Anwar , Hadi dan Lim