Isu Balkis dan wang sebanyak 9.9 juta ringgit tak berbunyi lagi. Pakatan Rakyat tidak berpuas hati dengan wang tersebut yang akan di agihkan kepada Bakti atau badan-badan kebajikan. PR mahukan wang tersebut untuk mengisi tabung mereka.
kalau merujuk kepada ROC, sesuatu pertubuhan boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang menghadiri dalam suatu mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya.
Sekiranya pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas maka segala hutang dan tanggungan pertubuhan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung berkenaan.
Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran.
Di sini jelas menunjukkan Balkis berhak untuk membubarkan pertubuhan dan berhak untuk ke atas wang baki.
Dengan penjelasan ini aku berharap puak-puak pembangkang yang membuat bising dan tuduhan yang bukan-bukan akan menghentikan isu Balkis ini,
Kalau nak kumpul 9 atau 10 juta kena lah bekerja keras, dan jangan menjadi perompak disiang hari