Selasa, 10 Jun 2008

TERBUKA?????

Johari Jaafar
Wed | Jun 04, 08 | 11:48:02 am MYT

IPOH, 4 Jun (Hrkh) - Menteri Besar Perak, Dato Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, Kerajaan Pakatan Rakyat lebih bersifat terbuka dan mahu memberikan hak kepada usahawan yang berhak dan yang berkelayakan. Kenapa ? selama ini orang PAS tak dapat projek dari JKR Perakkah? Ramai kontraktor kelas F , bekalan dan perkhidmatan, kontraktor telekom, TNB. dari Taiping adalah orang PAS ,

Tegasnya, berbanding dengan, kerajaan negeri di bawah pimpinan Barisan Nasional, yang hanya mementingkan kroni- kroni sahaja dalam memberikan sesuatu projek, Bohong besar dari PAS, ramai orang PAS yang hidup mewah kerana mendapat kontrak kerajaan BN.

"Amalan kronisme yang dilakukan oleh pimpinan BN akhirnya menyebabkan rakyat merasa jelik dengan pemerintahan BN, kerana itu Kerajaan Pakatan Rakyat perlu menjauhi amalan kronisma kerana ia akan mendatangkan kemarahan di kalangan rakyat. Kami juga jijik mendengar pembohongan PAS , siang malam pagi petang kerjanya hanya berbohong kepada ahli-ahli PAS di peringkat bawah.

"Orang yang paling pandai dan cerdik di satu masa dulu, sanjung dan dipuji di serata dunia akhirnya tersingkir hasil dari kronisem dan amalan menggunakan ` kabel'," ujarnya Ini tak lain tak bukan ialah Anwar Ibrahim,

Beliau berkata demikian di Majlis Makan Malam dan Dialog Antara Usahawan PAS bersama Menteri Besar Perak, yang dianjurkkan oleh Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Usahawan PAS Perak diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar, baru baru ini. Semua nama ni adalah wujud lepas PAS menang hanya nak kumpul harta dan menyamun wang rakyat sahaja

Sementara itu, Pengerusi Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Usahawan PAS Negeri Perak, Othman Meseri berkata, majlis tersebut diadakan, bertujuan mengeratkan ukhwah di antara para usahawan PAS Negeri Perak, dan dalam masa yang sama juga mahu menjalinkan hubungan yang baik dan mesra dengan Menteri Besar Perak . Semua projek hanya untuk orang PAS, tak jadi ahli pas tak akan dapat projek..

Menurut beliau, program itu juga bertujuan meningkatkan semangat dan motivasi di kalangan para usahawan PAS dengan kerajaan Negeri di bawah pimpinan Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, kerana tanpa motivasi para usahawan seolah-olahnya tidak berdaya maju. Orang pas yang tak reti berniaga pun akan dilatih oleh DAP untuk dijadikan AliBaba. Lepas ni lessen orang PAS dan kerja oleh DAP.

Oleh kerana itu katanya, sebarang bentuk program semestinya menjuruskan untuk meningkatkan semangat dan motivasi di kalangan usahawan supaya lebih bekerja keras lagi dan bersedia berkorban untuk jemaah. - mr _ Takbir untuk PAS yang akan Negara porak peranda, tanah semua akan diambil oleh DAP dan PAS hanya diberi dewan untuk buah ceramah sahaja.