Rabu, 23 Julai 2008

Pas kena buat solat hajat.

Pas kata kalau kita menghadapi masalah dan konflik kita kena balik kepada Quran dan Hadith.

Saat ini negara di sebut oleh Pas sedang menghadapi masalah dari segi politik, ekonomi dan sosial. Isu Ketuanan Melayu, Isu Agama Islam dan perpaduan Melayu dan paling panas ialah kes liwat. Nik Aziz pun memberi berbagai komen mengenai isu liwat.

Oleh itu bermunajat lah Pas untuk mendapat petunjuk Allah. dan kesediaan Nik Aziz yang akhirnya merestui perbincangan ini juga harus dipuji, manusia perlu berubah, dan sifat manusia adalah baharu, tidak kekal seperti sifat Allah. oleh itu sebarang perbincangan antara dua parti perlu diteruskan.

UMNO dan Pas berbincang bukan perkara baru . Sejak 1953 UMNO dan Pas pernah duduk semeja untuk perbincangan.

Pemuda Pas juga tidak boleh bersikap jumud, dengan cubaan mereka untuk menggagalkan segala usaha murni ini, Ingatlah sifat manusia akan yang akan berubah, tidak ada yang kekal di muka bumi ini.

Kalau pemimpin Pas dan Umno akan bergabung dan membentuk satu nama baru kita sebagai rakyat dan ahli parti boleh memilih untuk kekal dengan perubahan jika kita sayang akan bangsa, negara dan agama.

Dahulu semasa permulaan, Pakatan Perikatan pun UMNO hanya bergabung dengan MCA sahaja. hari ini berbelas-belas parti politik bergabung atas nama Barisan Nasional.

Oleh itu Pemuda Pas mestilah berfikiran terbuka bukan terlalu mengikut perasaan dan emosi.