Hari dalam surat khabar ada artikel yang mengisahkan pemuda negara perlu didekati dan elak dari merajuk.
Nak cerita sikit. Pemuda Malaysia ini semua nya dalam proses pencarian. Apa juga bentuk dan objek akan mereka cari dan cuba.
Pemuda lepasan sekolah biasanya akan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi sebelum memasuki dunia pekerjaan. Yang gagal akan terus menceburi dunia pekerjaan, samada bekerja sendiri atau dengan majikan.
Pengisian pemuda dalam dua alam ini amat bebeda, remaja di IPT mempunyai ruang disiplin dan halatuju yang betul dan terkawal. dan ini berbeza dengan remaja lepasan SPM atau STPM yang melangkah ke alam perkerjaan.
Rasa hati masih tertambat di sekolah. Rasa hati masih nak pakai baju PBSM, Baju Pengawas atau baju Kadet dan sebagainya. tetapi mereka tiada hak lagi untuk masuk ke sekolah. akibatnya remaja akan mencari ruang sendiri untuk mengisi lompang-lompang yang luas dalam kehidupan mereka. Bereksperimentasi akan terus menjadi agenda mereka. Samada menjadi pencuba dadah disigner, atau menjadi pelumba motosikal yang tidak ada lesen perlumbaan dan bermacam-macam lagi.
Di sinilah Kementerian Belia dan Sukan perlu memainkan peranan yang penting. Alam kehidupan remaja lepasan sekolah tidak lah lama. Paling tinggi 5 tahun. Kemudian remaja akan melalui kehidupan baru sebagai ibubapa pula.
PBSM, Kadet, KRS perlu mengikut jejak Pengakap yang mewujudkan Pengakap Kelana khusus untuk mengisi ruang remaja lepasan sekolah. Remaja hari terpaksa beralih arah menjadi Ahli Pertahanan Awam atau Wataniah untuk mengisi masa terluang mereka.
Pengurusan belia daerah rata-rata di monopoli oleh satu kelompok sahaja yang sudah tak nampak belia lagi, dan memegang jawatan dalam jangka masa yang panjang. sekiranya ada aktiviti-aktiviti, remaja-remaja lepasan sekolah hanya menjadi tukang lihat sahaja. yang lama akan menikmati segala yang ada.Rajin-rajin lah tarik remaja ini ke dalam aktiviti persatuan belia.
Dari sudut politik juga, golongan Pemuda UMNO dan Puteri hendaklah bijak mencari ruang untuk memikat golongan remaja. dan contoh yang baik mestilah ditunjukkan oleh dua kumpulan UMNO ini. mereka menjadi ikon contoh. kalau baik ramai lah pengikut, kalau buruk tingkah laku, alamat tidak ada pengikut baru lah. Pemimpin pemuda dan puteri hendaklah rajin dan ringan tangan dalam mengendalikan program, bukan menjadi tangkai cawan sahaja. Aku selalu tengok pemuda-pemuda sanggup datang dari mana-mana hala dan hanya menjadi tangkai cawan sahaja.(hanya sekadar nak tunjuk muka kat bapa menteri) ringan-ringan lah mulut untuk bertanya khabar, ringan-ringan lah tangan untuk mencuci pinggan atau cawan. Tunjuklah teladan yang baik. Jangan hanya tahu mengabis boreh saja.(menghabis beras)
UMNO tidak akan ketandusan ahli-ahli baru jika pandai memikat mereka. hari ini pihak lawan yang bijak mendampingi mereka.