Itu sorakkan dan kegembiraan setengah pihak bila Pas menutup buku perbincangan dengan UMNO.
Yang menang dan gabra dah selesai. Selama seminggu ada yang tak lena tidur takut jawatan hilang. ada yang pasang angan-angan.
Petang ini Presiden Pas telah bagi kata penamat. akan kekal dengan pakatan pembangkang. walaupun pembangkang menolak hukum hudud dan qisas.
Tolak UMNO mungkin sebab UMNO tak mahu terima hudud dan qisas anjuran Pas. Tak kisahlah macam mana pun biarkanlah Pas dengan dunia dia.
Tugas penting untuk UMNO ialah membetulkan haluan bahtera yang sedikit lari beringnya. atau kalau landasan keretapi perlu diperiksa dan diperelokkan jika ada paku-paku landasan yang kecurian. elakkan dari keretapi terus tergelincir kerap sangat,, kerana ia amat memalukan. Kalau kemalangan kerap berlaku rakyat tak akan naik lagi keretapi ekspress rakyat yang dibangga-banggakan.
Berita terkini juga menyenangkan hati wakil rakyat Bandar Baru. YB Zulkifli (betul ker) atau the bikers MP. yang tempatnya diwar-warkan akan di rampas oleh Anwar jika kerusi parlimen kawasan itu dibatalkan oleh mahkamah.
Hari ini juga ahli parlimen permatang pauh meletakkan jawatan untuk memboleh orang yang dalam proses perundangan menjadi calon. Nampak sangat dia sudah terdesak dan tak sabar nak jadi PM supaya tuduhannya akan dihapuskan.
Kalau dia menang saja. esok dia akan bentuk kerajaan dan semua jawatan penting kerajaan akan berubah. Semua CEO syarikat koperat akan diganti baru. Melayu akan terus terpinggir. Bintang dalam bendera Amerika mungkin akan bertambah 1 lagi. dulu dah tambah 2 butir. bila Iraq dan Afghan jatuh ke tangan mereka.