Tiga tahun sekali pemilihan Jawatan kuasa pun dijalankan. Tahun 2007 sepatutnya di adakan tetapi oleh sebab nak menghadapi Pilihanraya maka pemilihan tertangguh. Itu satu-satunya penyebab UMNO banyak kehilangan kerusi dalam pilihanraya lalu.(Apa tidaknya , bila Ketua Bahagian tak dicalonkan mulalah naik angin satu badan.)
Bulan Julai merupakan bulan pemilihan peringkat cawangan. Selesai semua cawangan kita beralih ker Persidangan dan pemilihan bahagian pula.
Sudah lama berlaku dalam UMNO ada pihak ingin menjadikan UMNO sebagai Syarikat Sdn Bhd. dengan meletakkan bapa sebagai ketua cawangan, isteri sebagai ketua wanita dan anak lelaki sebagai ketua pemuda dan anak perempuan sebagai ketua puteri. Ada juga cawangan yang ahli ada orangnya entah di mana. Cukup syarat dan boleh buat persidangan. tetapi ahlinya yang itu sahaja dan tidak berkembang. Kalau ada orang baru nak masuk atau berpindah masuk mereka tak akan jemput untuk hadir mesyuarat. dan kalau ada ahli tolong cari ahli baru maka permohonan ahli baru itu akan senyap sahaja dan tak sampai ke ibu pejabat. Akhirnya ahli yang nak masuk UMNO itu hilang minat dan menjadi ahli parti lain.
Budaya menjadikan syarikat sendirian berhad juga berlaku di peringkat bahagian. semua nak dimonopoli oleh satu keluarga.
Buanglah perangai buruk macam ini. kembang-kembangkanlah keahlian UMNO, banyakkan cawangan dan ahli. terima tanpa syarat kemasukan ahli baru. UMNO milik awam, milik orang melayu, milik berhad, setiap orang ada saham. jagalah UMNO sebaik mungkin.