Pkr jangan merasa bangga dan seronok dengan poster dan bendera yang berkibar di halaman-halaman rumah pengundi di Ptg Pauh. Sebab kerana wang budak-budak muda remaja (PKR) sanggup mengibarkan bendera PKR tetapi anak-anak ini belum layak mengundi. Yang mengundi adalah ibu bapa mereka, pak cik, abang dan kakak mereka. Ada yang masih di Kuala Lumpur lagi dan mungkin hari ini mereka akan sampai di kampung halaman mereka untuk sama-sama mengundi Umno.
Indikator bendera Pkr tak boleh di pakai. Serikandi Umno mesti meredah masuk ke rumah-rumah ini dan menyampaikan amanat dan pesanan kepada pengundi di dalam rumah itu.
Keputusan PRU12 tidak boleh dijadikan rujukan kepada PRK kali ini. kerana pengundi sudah sedar akan kesilapan mereka 5 bulan yang lalu. dan juga dalam PRU yang lalu.
Kehilangan 5 negeri dan kekalahan BN dalam PRU 12 yang lalu ada hikmah dan pengajaran di sebaliknya. Setiap yang berlaku adalah kehendak Allah dan ujian kepada kita. Hari ini 5 bulan segala pengajaran dan kesimpulan sudah kita ketahui.
Seperti juga sebuah kereta. Kalau anda membeli sebuah kereta tanpa gear undur. itu satu masalah besar , walaupun kereta itu mempunyai 7 kelajuan (biasa 5 saja)
Begitu juga dalam pemerintahan, sekali kita kalah tidak bererti kita akan kalah terus selama-lamanya. yang penting kita mesti mampu bangkit untuk berjuang semula.
Pkr, Dap dan Pas siap sedialah untuk menggulung tikar dan bantal 4 tahun lagi.