Sabtu, 23 Ogos 2008

DAP INGINKAN PWTC DAN TUKAR JADI DAPTC ATAU KARPALTC

Karpal ikrar bawa perhimpunan agung DAP ke PWTC


KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini meletakkan sasaran untuk mengadakan perhimpunan agung parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). 

"Matlamat utama kita untuk membawa perhimpunan DAP ini ke PWTC," katanya pada pembukaan Kongres Tahunan DAP ke-15 di sini, hari ini. 

Kongres dua hari yang dihadiri 720 perwakilan dan 330 pemerhati itu turut membabitkan pemilihan jawatan ahli jawatankuasa kerja pusat.


Pada pilihan raya umum Mac lalu, DAP menang 28 kerusi Parlimen dan 73 kerusi DUN, termasuk menubuhkan kerajaan Pulau Pinang. 

Karpal, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor menegaskan Malaysia ialah sebuah negara sekular. 

Beliau percaya hanya seorang yang dapat merapatkan jurang antara DAP dan Pas berhubung isu itu dan "orang" itu ialah penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya percaya hanya Anwar boleh menjadi orang tengah antara Pas dan DAP. 

"Beliau bukan lagi Anwar yang kita pernah kritik sebelum ini. Beliau kini Anwar yang sudah berubah dan saya percaya kepadanya," kata pemimpin pembangkang yang terkenal dengan kelantangannya itu," katanya. 

Memang diketahui umum, Pas sering menyuarakan hasrat parti itu untuk mewujudkan sebuah negara Islam manakala DAP yang mahukan sebuah negara sekular bagi semua rakyat Malaysia, menentang hasrat Pas itu. 

Karpal yakin pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos ini, akan menjadi titik permulaan bagi Anwar dalam usaha Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan persekutuan akan datang.

Beliau juga menegaskan DAP tidak akan berkompromi dengan prinsip asasnya dan menyatakan "perubahan yang dilakukan perlu berteraskan prinsip ini". 

"Sudah jelas bahawa rakyat mahukan perubahan pada pilihan raya umum lalu dan DAP menegaskan perubahan yang dilakukan perlu berteraskan prinsip ini," katanya. - Bernama 

==========================================================================

KOMEN: CERMINKANLAH DIRI DAP DAHULU, LAYAKKAH DIA BERPAKAT DENGAN PAS. SEBAB PAKATAN AKAN TINGGAL DUA PARTI SAHAJA.