Pada suatu hari, seekor burung pulang ke sarangnya. Apabila ia ternampak seekor ular yang sedang memakan telurnya di dalam sarang, maka burung itu pun terbang ke sana ke mari mencari akal.
Tiba-tiba burung itu ternampak seorang Tuan Puteri sedang mandi dalam sebuah kolam dan di tepi kolam terletak seutas rantai loket di atas tuala longgokkan pakaian Tuan Puteri.
Tidak berapa jauh dari kolam bersembunyi dua pengawal istana yang menjaga Tuan Puteri. Melihat keadaan ini, siburung pun turun menyambar loket sambil memekik supaya dilihat oleh Tuan Puteri dan didengar oleh pengawal istana. Burung yang membawa loket dimulutnya terbang rendah dan perlahan-lahan di atas kepala kedua-dua pengawal.
kedua-dua pengawal, SiWarso dan SiTobeng, berlari mengejar burung sambil mengharapkan loket jatuh dari mulut burung itu.
Burung terus terbang ke arah sebatang pokok di mana terletak sarangnya. Pada waktu itu,ular di dalam sarang sedang sibuk memakan telur-telur burung. Burung pun melepaskan loket ke dalam sarangnya.
Melihat keadaan ini, Si Warso pun memanjat pokok tersebut dan tanpa mengetahui ular di dalam sarang, Si Warso memasukkan tangannya untuk mengambil loket.
Ular mematuk tangan Warso dan ia pun jatuh.
SiTobeng tengok ular di dalam sarang. Dia pun memanjat dengan tombak dan membunuh ular itu. Ular mati dan Si Tobeng pun turun membawa loket.
Burung gembira kerana nasib telurnya terbela.
Apabila Si Tobeng melihat Si Warso kesakitan dan membisu kerana bisa ular, Si Tobeng pun menikam tombaknya ke dada Si Warso.
Seterusnya
Apabila Si Tobeng melihat Tuan Puteri kesejukan kerana terlalu lama mandi di kolam, maka Si Toben meninggalkan kawannya SiWarso di bawah pokok dan bergegas ke kolam untuk menyerahkan pakaian kepada Tuan Puteri.
Si Tobeng memberitahu Tuan Puteri:
'Tuan Puteri, patik mengikut burung yang mencuri loket Tuan Puteri hingga ke sarang.
Patik membunuh ular yang ada didalam sarang. Diwaktu patik turun dari pokok di mana sarang burung terletak, patik diserang oleh Si Warso dan patik terpaksa bunuh Si Warso yang ingin melarikan loket Tuan Puteri.
Tuan Puteri pun melompat keluar dari kolam tanpa menghiraukan pakaian di badannya, lalu memeluk Si Tobeng kerana berterima kasih di atas budinya. Si Tobeng, ketika Puteri dalam pelukannya berkata;
'Puteri kekasihku'
Dalam fikirannya , Si Tobeng masih bertanya, "Apakah betul Si Warso sudah mati?"
Si Warso tidak mati.
bersambung.
Sanusi Junid