Jumaat, 1 Ogos 2008

Anwar Beseorangan di Permatang Pauh?

Apa kah Anwar layak bertanding di tempat nya, dengan keadaan dia sekarang yang akan dibacakan tuduhan tak berapa hari lagi di mahkamah barangkali. Kalau ada kes kemungkinan besar dia tak layak bertanding, nak minta tolong siapa? Raja Petra pun tak layak bertanding di situ. sebab ada kes.

Silap haribulan PAS dan DAP akan letak wakil di situ. BN sudah tentu akan bertanding untuk merampas kembali kerusi panas itu.

Azizah mungkin tak akan berkempen lagi untuk suami dia mungkin dia akan makan angin di Amerika atau Eropah buat beberapa ketika untuk menangis sepuas-puas hatinya sorang-sorang, Azizah akan meratap dan bermunajat sorang-sorang mengenangkan apa yang berlaku ke atas suami dan keluarganya.

Kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari mungkin akan dinyanyikan oleh Azizah bila berseorangan nanti. Harap beliau akan mendapat petunjuk dari Allah.

Anwar pulak bertambah pening. Tiap-tiap hari telan panadol atau cap kaki tiga kut. maklumkan dia tuduh kerajaan macam-macam seolah kerajaan nak membunuh karier politik dia dengan kes liwat. Yang menuduh bukan kerajaan tetapi budak Saiful tu. Dalam mahkamah nanti bukanya Kerajaan VS Anwar tetapi Saiful VS Anwar.