Pentagon akui gagal di Afghanistan
WASHINGTON 11 Sept. – Tentera Amerika Syarikat (AS) semalam membuat kesimpulan bahawa mereka bukan berada di ambang kemenangan berdasarkan keadaan yang semakin buruk di Afghanistan.
Sehubungan itu Pentagon menegaskan, ia akan mengkaji semula strategi untuk berdepan menentang pemberontakan Afghanistan dan juga Pakistan.
Setiausaha Pertahanan, Robert Gates dan Pengerusi Bersama Ketua Turus Tentera, Mike Mullen menjelaskan kepada Jawatankuasa Perkhidmatan Bersenjata Dewan Perwakilan bahawa tentera AS memerlukan usaha awam lebih daripada tindakan ketenteraan.
“Secara jujurnya, kita kesuntukan masa. Saya tidak yakin kita akan menang di Afghanistan. Saya yakin kita boleh menang,” ujar Mullen dalam penilaian tahun ketujuh penempatan tentera AS di negara itu setelah menggulingkan rejim Taliban.
Keganasan di Afghanistan semakin meningkat sejak dua tahun lalu disebabkan pejuang Al-Qaeda dan Taliban berkumpul semula di kawasan sempadan dengan Pakistan.
Walaupun pentadbiran Bush menyatakan kesediaan menghantar lebih ramai askar, beberapa pengkritik melihat rancangan tersebut sebagai tidak sesuai dan sebarang strategi perlu ditumpukan ke kawasan sempadan sebelah Pakistan yang didakwa menjadi tempat persembunyian Osama bin Laden.
===================================================================Komen:
Kerajaan Setan Mata Satu mengaku kegagalan mereka, walaupun mempunyai senjata yang cukup hebat, tetapi mereka kalah dengan kekuatan roh Islam di dalam setiap pejuang Afghan.
Begitu juga dibumi Palestine , walaupun pada zahirnya mereka berkuasa tetapi kekuatan pejuang tidak pernah luntur.