Khamis, 11 September 2008

Perak Lantik Ular Air untuk Bolot Tanah


Pemilihan calon kalah pilihan raya anggotai jawatankuasa tanah boleh timbulkan masalah

IPOH: Kerajaan negeri Perak didakwa bertindak rakus dan tidak menghormati peraturan apabila melantik 'orang awam' menganggotai jawatankuasa tanah daerah di seluruh negeri.

Ketua Umno Bahagian Kuala Kangsar, Datuk Ramly Zahari, berkata tindakan melantik calon daripada DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kalah pada pilihan raya umum sejak Julai lalu sebagai ahli jawatankuasa berkenaan adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.


"Biasanya wakil rakyat atau setiausaha Menteri Besar dilantik sebagai ahli jawatankuasa berkenaan sebagai wakil Menteri Besar di daerah tetapi kali ini calon yang kalah pula dilantik... apa kapasiti mereka kerana mereka hanya orang awam?" katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Ramly yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manong, berkata pemilihan orang awam seperti itu akan menimbulkan masalah kerana mereka tidak tertakluk kepada peraturan kerajaan.

"Mereka tidak mengangkat sumpah seperti wakil rakyat atau memegang jawatan kerajaan...mereka boleh dedah rahsia mesyuarat kerana tidak terikat dengan peraturan," katanya.

Beliau berharap Penasihat Undang-Undang negeri akan mengkaji perkara berkenaan dan menasihati Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk memperbetulkan keadaan.

Ramly berkata, pelantikan yang dibuat sejak Julai lalu itu boleh dianggap sebagai penyalahgunaan kuasa dan keadaan berkenaan mendatangkan masalah kepada pentadbir tanah daerah yang terpaksa berurusan dengan 'orang awam' dalam mesyuarat rasmi. � Bernama

-----------------------------------------------------------------------------------------------

KOMEN
Ular air ini telah lama wujud, dahulu mereka ini tugasnya mencari tanah-tanah dan memujuk supaya tuan tanah menjualkan tanah mereka, kebanyakan tanah yang tidak dikategorikan sebagai risab melayu menjadi sasaran mereka.

Di Taiping ini banyak tanah-tanah melayu tergadai kerana perancangan strategik ular air ini. Ada seorang sabahat penulis pernah datang untuk mendapatkan pandangan mengenai gelagat seorang taikun yang saban hari memujuknya supaya menjual tanah, taikun itu mendakwa semua tanah sekeliling tanah sahabat dia sudah beli. sekarang tanah sahabat tu saja berada ditengah-tengah, susah lah kalau sahabat tu tak jual. Penulis melarang sahabat menjual walaupun bertimbun wang ditawarkan. Akhirnya sampai hari ini tanah dia selamat. Orang melayu lain yang terpedaya dengan pujuk rayu dia menyesal sekarang. sebab nilai tanah sudah meningkat lipat kali ganda.

Ular air ini kemungkinan juga tugasnya ialah mencari tanah-tanah kerajaan yang kosong untuk dimajukan oleh sekutu-sekutunya. harap BPR dapat memantau keadaan ini.