-
Salam hormat sdr TaipingMali,
Apa yang berlaku membuktikan yang PAS tidak pernah ada idea sendiri. Semua yang mereka katakan tentang UMNO dicuri daripada UMNO sendiri.
Apabila Tan Sri Muhyiddin berkata UMNO hilang daya penarik mereka membesar-besarkannya dengan mengumpamakan UMNO seperti pokok yang hampir mati.
Dia bukan sahaja Tok Guru dalam agama, tetapi juga Tok Guru dalam melakukan tokok tambah seperti ini.
Mereka memang mempunyai kemahiran menokok tambah cerita dan membesar-besarkan saiznya.
Saya masih ingat apabila kita kata mencarut itu tidak baik (merujuk kepada perangai pemimpin dan ahli PAS yang suka mencarut) Tok Guru inilah yang berkata Tuhan pun mencarut.
Jadi kalau Tuhan pun biasa diperlakukan sebegitu, apatah lagi kita ahli UMNO.
Kalau Allah pun mereka tak hormat, apalah yang ada pada makhluk yang bernama UMNO untuk mereka hormati.
Mereka memang punya kelebihan itu dan kelebihan itulah yang hampir-hampir tidak ada dalam UMNO.
Apabila mereka mengulas tentang UMNO mereka seolah-olah mahu menunjukkan yang mereka lebih tahu tentang parti kita dan apa yang berlaku di dalamnya.
Tidak cukup setakat itu mereka akan membesar-besarkan saiz cerita agar tanah yang sekepal digunungkan dan air yang setitik dilautkan.
Mereka akan menambahkan rambu dalam cerita itu agar kelihatan lebih menarik. Itu memang kerja mereka dari dahulu.Inilah juga permainan mereka yang melekakan sebahagian orang, tetapi sebahagian besar lagi tidak akan mudah tertipu dengan permainan mereka ini.
Dari sehari ke sehari, mereka semakin mahir dalam melakukan perbuatan menokok tambah dan membesar-besarkan cerita tentang UMNO.
Tegasnya sikap yang tidak baik ini sudah menjadi habit bagi mereka. Mulut mereka akan berasa gatal kalau tidak berkata tentang kita, tangan mereka akan terus tergaru-garu kalau tak menulis tentang kita.
Sebabnya sejak kewujudan mereka, mereka tiada kerja lain selain sekodeng ke arah UMNO sambil mengintai-intai kesalahan parti itu.
Mereka punya banyak masa memerkatakan tentang kita kerana mereka hampir tidak ada apa-apa yang hendak dibuat dalam parti mereka.
Tiada program pembangunan, dan tiada wawasan. Kalau ada pun hanya CERAMAH.
Dalam CERAMAH mereka bukan ada isi pun. Mereka tidak pernah bercerita tentang apa yang mereka sedang buat untuk kemajuan umat dan negara Malaysia. Bagaimana mengekalkan keamanan dan meningkatkan ekonomi ummah.
Apakah perancangan mereka dalam bidang sukan, perbankan, pendidikan, kesihatan, kemasyarakatan, agama Islam, hubungan dalam dan luar negeri,
tidak pula disebutkan.
Tetapi yang ketara aktiviti yang mereka buat ialah menjaga hal ehwal UMNO dengan cara menyalahkan UMNO dan memburuk-burukkan UMNO. Itu sahaja.
Tok Guru Nik Aziz kata perkembangan dalam UMNO menguntungkan Pakatan Rakyat. Maknanya mereka bergantung kepada kita dan bukannya dengan kekuatan yang ada pada mereka.
Bila kita dilihat lemah di situlah kekuatan mereka.Tetapi apakah jaminan kekuatan yang ada pada parti PAS sendiri untuk memperkukuhkan parti mereka.
Jawapannya mereka tiada kekuatan itu, kekuatan mereka hanyalah bersifat sementara, itu pun bergantung kepada kelemahan kita.
Jadi mengapa masih ada yang percaya dan meletakkan harapan kepada parti yang seperti ini?
Nah sekaranglah masanya untuk kembali kepada UMNO dan memperkukuhkan semula parti yang menjadi tonggak orang Melayu dan umat Islam.
Ingat seburuk-buruk UMNO, UMNO tidak pernah menggunakan nama apatah lagi berselindung di sebalik Islam untuk mempertahankan kesalahannya.