Ezam merupakan orang harapan yang sangat dipercayai oleh Anwar hari ini telah keluar barisan dan berada di pihak lawan bagi Anwar.
Sudah banyak siri ceramah beliau mendedahkan keburukkan dan pembohongan Anwar. Ezam kini menjadi duri dalam Pakatan Rakyat khususnya PKR. Sifat keberanian dan kelantangan bersuara sudah tidak dapat disangkal lagi oleh Anwar. Anwar gerun dan takut melihat Ezam.
Jika dahulu Ezam gerun melihat bosnya tetapi kini semua sudah terbalik. Anwar takut gementar bila berdepan dengan Ezam dan juga Datuk Nala. Apa tidaknya semua rahsianya ada dalam poket mereka berdua.
Sampai hari ini Anwar tidak berani menfailkan saman terhadap mereka berdua. begitu juga dengan Saiful yang telah bersumpah mengenai perbuatan Anwar. Tidak pula Anwar bawa kes ke Mahkamah.
Selepas pilihan raya kecil P36. Penulis ingin sangat melihat Anwar menfailkan saman terhadap Ezam atas kelantangan suara Ezam menghentam beliau. Apa susahnya Anwar ada peguam ada penasihat , ada penyokong kuatnya, Samanlah Ezam dan Nala secepat mungkin.
Kalau Anwar terus diam akan segala pendedahan Ezam maka jelaskan apa yang disebut oleh Ezam adalah benar dan tiada yang tidak benar melainkan benar belaka.