Ahad, 11 Januari 2009

Persaraan pada usia 60 tahun

Had umur persaraan sektor swasta dan kerajaan hari ini ialah apabila mencapai usia 58 tahun, walaubagaimana ramai kakitangan memilih untuk bersara bila umur mencecah 56 tahun.

Alasan mereka ialah mereka telah berkhidmat seawal umur 21 tahun dan ada juga yang memulakan perkhidmatan pada usia 16, 17 atau 18 tahun dengan berbekalkan SRP atau Sijil Rendah Pelajaran.

Zaman berubah dengan cepat. SRP dan SPM bukan lagi menjadi tiket untuk mendapat pekerjaan sebalinya Ijazah pertama pilihan utama. dan akhir-akhir ini ramai lepasan ijazah gagal mendapat kerja dan terpaksa menunggu lama untuk mencuba nasib.

Ada yang sudah berusia lebih 30 tahun barulah mendapat tawaran berkhidmat dengan kerajaan.

Akan datang pelajar akan memikirkan untuk mendapat ijazah sarjana dan kedoktoran sebagai bekalan untuk membina kerjaya mereka. Pada waktu itu usia mereka sudah mengjangkau 27 tahun lebih.

Di sini seandainya kita lihat sebagai alasan kukuh untuk melanjutkan usia persaraan kepada 60 tahun atau 65 tahun.

Fikirkan lah